13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

4.3.4 CADANGAN MEMBINA PLAZA PRODUK DESA (PPD)

iii.

Saranan Tindakan

ii.

Cadangan plaza produk desa ini akan dibina di dua kawasan yang berlainan iaitu di Kg. Endah dan Kg.

Batu Laut. Ia berperanan sebagai ‘one stop centre’ bagi memudahkan pelancong mendapatkan

barangan dan produk industri desa seperti makanan, cenderamata dan kraftangan. Sebuah pusat

pertunjukan dan pameran kebudayaan serta sejarah tempatan akan dibina di dalam plaza produk desa

ini. Ia akan dilengkapi dengan kafe siber, restoran, mini muzium dan kiosk maklumat. Didapati bahawa

kedua-dua cadangan ini akan membabitkan pengambilan tanah milik penduduk tempatan kerana ia

melibatkan tanah milik persendirian dan tanah rizab Melayu.

i. Impak Positif

Setelah diteliti, didapati bahawa cadangan ini akan memberi impak yang positif kepada penduduk

sekitar iaitu:

• Membuka peluang perniagaan kepada usahawan tempatan di mana penduduk tempatan

boleh membekalkan produk yang diusahakan sama ada produk makanan atau kraftangan untuk

dipasarkan.

• Meningkatkan pendapatan pengusaha produk tempatan menerusi usaha pemasaran produk

yang lebih menyeluruh dan sistematik. Ia akan menjamin pendapatan penduduk tempatan agar

menjadi bertambah baik dan konsisten.

• Sebagai inisiatif di dalam penghasilan pelbagai produk yang baik dan bermutu.

Pendedahan kepada bentuk perniagaan yang lebih komersil ini akan menjadi penggalak kepada

pengusaha tempatan untuk menghasilkan pelbagai produk yang lebih bermutu agar boleh

dipasarkan di sini.

• Kemahiran penduduk akan bertambah baik. Secara tidak langsung kemahiran dan skill

penduduk tempatan di dalam penghasilan produk akan berkembang dan menjadi lebih kreatif.

• Kualiti produk tempatan akan meningkat. Kualiti produk keluaran tempatan akan bertambah

baik bagi menarik perhatian pembeli khususnya dari aspek kualiti pembungkusan dan menepati

standard dan piawai yang telah ditetapkan.

• Persaingan yang sihat di kalangan pengusaha tempatan akan berlaku. Wujudnya

persaingan ini akan memberi impak positif kepada IKS tempatan kerana pengusaha akan

berlumba-lumba menghasilkan produk yang terbaik bagi menyaingi keadaan semasa. Selain itu,

pengusaha akan berusaha mengeluarkan produk-produk baru bagi memenuhi keperluan dan

meningkatkan pendapatan masing-masing.

Impak Negatif

Cadangan ini juga akan menghasilkan beberapa impak negatif iaitu:

• Status pemilikan tanah tempatan akan berubah di mana didapati cadangan ini akan

membabitkan hak milik tanah persendirian dan juga tanah rizab Melayu (TRM). Mana-mana

tanah rizab Melayu hanya boleh bertukar milik kepada tetuan Melayu sahaja dan ini akan

menyukarkan proses pindah milik atau menghadkan pemilikan premis perniagaan. Status TRM

juga akan mengakibatkan nilai pengambilan tanah yang lebih rendah bagi pemilik tanah

tempatan.

• Perubahan terhadap kehidupan harian penduduk tempatan. Perubahan akan dirasai oleh

penduduk khususnya di Kg. Endah dan Kg. Batu Laut akibat kehadiran pelancong di

perkampungan mereka bagi tujuan mendapatkan barangan IKS tempatan.

Cadangan ini sangat menguntungkan penduduk tempatan dan ia dianggap sebagai kaedah terbaik di

dalam menangani masalah pemasaran yang dihadapi oleh pengusaha IKS tempatan. Dengan adanya

cadangan ini, setidak-tidaknya produk tempatan sudah mempunyai asas pemasaran yang baik sebagai

langkah permulaan. Beberapa langkah yang perlu dilakukan adalah:

a. Mengenal pasti Produk Bersesuaian Untuk Dipasarkan Di Plaza Produk Desa

Produk-produk tempatan yang bersesuaian untuk diketengahkan dan dipasarkan di plaza produk desa

perlulah dikenalpasti. Pemilihan produk-produk terbabit harus adil dan bercirikan tempatan di mana

semua penduduk berpeluang memasarkan produknya di sini selain menekankan perkara-perkara

berikut:

• Mengambil kira sumber ianya diperolehi.

• Permintaan terhadap sesuatu produk di pasaran.

• Keistimewaan dan keunikannya.

Jika pemilihan produk tidak dilakukan, cadangan ini tidak ubah seperti ‘kedai runcit’ yang tiada

keistimewaan dan tidak mampu menarik perhatian pelancong. Kajian terperinci perlu dilakukan bagi

mengetahui produk yang bersesuaian untuk diketengahkan di masa hadapan khususnya dari aspek

kualiti produk dan pembungkusan.

Kerjasama daripada KKLW, Jabatan Pertanian Negeri, MTPN, Kementerian Pembangunan Usahawan,

SIRIM dan pengusaha terbabit sangat diperlukan bagi memastikan agar cadangan plaza produk desa

ini bermanfaat kepada penduduk tempatan.

b. Pembangunan Latihan Kemahiran IKS Tempatan

Program pembangunan latihan kemahiran perlu dilakukan agar pengusaha tempatan mampu

menghasilkan produk secara kreatif dan berkualiti. Program ini perlu dirangka secara sistematik dan

akan difokuskan kepada golongan pengusaha IKS tempatan seperti:

• Pengusaha produk berasaskan makanan seperti pengusaha mee kuning, makanan

berasaskan soya, makanan berasaskan ubi, sagun dan lain-lain.

• Pengusaha produk kraftangan.

• Pengusaha bengkel jahitan.

Program ini akan menitikberatkan peningkatan pengetahuan pengusaha tempatan terhadap aspek

pengeluaran dan rekaan produk agar mampu memenuhi permintaan dan persaingan. Oleh itu,

kerjasama daripada KKLW, Jabatan Pertanian Negeri, MTPN, Kementerian Pembangunan Usahawan,

SIRIM dan pengusaha terbabit sangat diperlukan bagi memastikan agar cadangan plaza produk desa

ini berjaya.

c. Pembangunan Produk, Pengedaran Dan Pemasaran

Strategi pengedaran dan pemasaran juga perlu dibentuk agar ‘orang tengah’ tidak mampu wujud dan

mengambil keuntungan ke atas pengusaha tempatan. Oleh itu, gandingan dan kerjasama di antara

PBT, KKLW, Jabatan Pertanian Negeri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan JKKK perlu

diadakan. Bantuan dari SIRIM juga amat diperlukan untuk melakukan kajian dan mengenal pasti

peralatan baru bagi tujuan pemprosesan bahan.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!