13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

ii.

Impak Negatif

• Penternak tempatan kekurangan modal dan pengetahuan tentang akuakultur. Ia masih baru

di kalangan penduduk tempatan dan memerlukan modal permulaan yang besar untuk

memulakan perikanan akuakultur ini.

• Aktiviti ini akan didominasi oleh bangsa lain yang lebih berkemampuan dari segi modal dan

pengetahuan. Jika keadaan ini berlaku, penduduk tempatan akan ketinggalan dan kerugian

kerana peluang yang tersedia tidak mampu untuk diambil oleh mereka.

iii.

Saranan Tindakan

• Penggunaan teknologi moden di dalam perikanan akuakultur adalah langkah yang bijak di

dalam menangani masalah pencemaran kumuhan yang terhasil. Jabatan Pertanian perlu

menjalankan kajian sama ada sistem ‘closed-loop’ yang digunapakai di luar negara boleh

diaplikasikan di sini. Menerusi sistem ini, para penternak dapat memantau dan mengenal

pasti bahan dan bentuk pencemaran sebelum ia disalirkan keluar ke sumber air semula

jadi. Pembuangan bahan kumuhan sebelum ianya dirawat akan menyebabkan

pengurangan takat oksigen di dalam air yang memberi kesan buruk kepada lain-lain

organisma.

• Mewujudkan program ‘skim siswazah tani’ dalam mempertingkatkan penyertaan

golongan siswazah tempatan untuk terlibat secara aktif dalam sektor pertanian di seluruh

negara. Program ini sebenarnya telah lama wujud namun sambutan daripada para siswazah

adalah kurang memberangsangkan. Oleh itu, penduduk tempatan khususnya para siswazah

perlu ditumpukan minat dan kecenderungan mereka ke arah terbabit di dalam sektor pertanian.

Jabatan Pertanian Daerah perlu memainkan peranan awal dengan mengenal pasti dan

memberi latihan khusus dalam bidang pertanian dan sektor tani berkaitan kepada

golongan siswazah tempatan. PBT dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani pula perlu

memantau pelaksanaan skim ini agar ia berjaya dilaksanakan.

• Memberi keutamaan kepada penduduk tempatan untuk menceburi bidang perikanan

akuakultur menerusi skim latihan intensif. Beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh PBT

dan Jabatan Perikanan dalam memastikan kejayaan cadangan ini adalah:

- Mengadakan program penggalakan seperti memulakan skim latihan / kursus.

- Pemberian insentif berupa bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan

kepada para penternak baru.

Skim latihan intensif bagi para penternak tempatan perlu disasarkan kepada para penternak

ikan, udang, kupang atau ikan hiasan yang berminat bagi mempelbagaikan produk mereka di

masa hadapan. Program ‘mengajar dan belajar’ perlu disematkan di kalangan peserta di mana

peserta kursus yang berpengalaman dan berpengetahuan boleh membantu para penternak

muda yang baru menceburi sektor ini.

• Mewujudkan skim pinjaman yang mudah sebagai suntikan modal untuk memberi peluang

kepada penduduk tempatan yang berminat tetapi tidak mempunyai modal permulaan yang

mencukupi untuk memulakan usaha pertanian secara komersil. Kementerian Pertanian dan

Asas Tani dan institusi kewangan tempatan seperti Bank Pertanian perlu melonggarkan syarat

pemberian pinjaman kewangan. Pinjaman tanpa dikenakan cagaran perlu diperkenalkan di

mana ramalan aliran tunai akan dijadikan syarat permohonan baru bagi penduduk

tempatan yang benar-benar berminat. Karenah birokrasi perlu dikurangkan bagi menarik minat

para penternak baru dari menceburi bidang akuakultur ini.

• Mewujudkan konsolidasi perniagaan yang berasaskan ikan air tawar di kalangan

penduduk tempatan dengan langkah-langkah seperti berikut:

- Membekalkan benih ikan bermutu kepada pengusaha akuakultur tempatan. Ini

kerana kekurangan benih ikan berkualiti telah dikenalpasti sebagai punca yang

menghalang kepada kejayaan sektor akuakultur. Jabatan Perikanan Negeri khususnya

Pusat Pengembangan Akuakultur dan Institut Latihan Akuakultur Malaysia (ILHAM)

perlu membantu dari aspek pengenalpastian jenis benih ikan dan kualiti yang

dikehendaki di dalam memenuhi pasaran.

- Menceburkan diri dalam bidang pemprosesan produk perikanan seperti bebola ikan,

kek ikan, pekasam, satar, filet ikan air tawar dan makanan sejuk beku yang lain.

- Bantuan dari aspek pemasaran oleh Jabatan Perikanan Negeri, MARDI dan FAMA

sangat diperlukan. Pengusaha perlu memastikan piawaian HACCP dan GMP dipatuhi

bagi menjamin kebersihan produk, selamat dimakan, diyakini serta diterima di pasaran

antarabangsa.

- Kaum Bumiputera tempatan akan dapat bersaing dalam pemprosesan perikanan

melalui penubuhan syarikat-syarikat besar yang mampu mengeluarkan produk secara

komersil dan tidak hanya tertumpu pada makanan tradisional supaya dapat dieksport ke

luar negara.

Saranan di atas memerlukan kerjasama yang menyeluruh dari PBT, Jabatan Perikanan Negeri, FAMA

dan institusi kewangan tempatan iaitu Bank Pertanian. Program khidmat nasihat dan pemantauan perlu

dirangka dengan teliti dan berterusan. Pinjaman tanpa dikenakan cagaran perlu diperkenalkan di mana

ramalan aliran tunai akan dijadikan syarat permohonan baru bagi penduduk tempatan yang berminat.

4.3.7 CADANGAN MEMBINA PERUMAHAN (PR)

Cadangan untuk membangunkan kawasan perumahan di tiga kawasan yang berasingan iaitu di Sepang

Orchard Resort, Kelanang Division dan Tg. Sepat dibuat bagi memenuhi permintaan dan keperluan

perumahan semasa kawasan rancangan tempatan.

i. Impak Positif

• Memberi ruang bagi penyediaan pelbagai kemudahan seperti infrastruktur dan awam.

Penyediaan pelbagai kemudahan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk dan secara

tidak langsung akan meningkatkan kualiti kehidupan penduduk tempatan.

• Mewujudkan lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan untuk memiliki rumah

sendiri. Penduduk tempatan berpeluang untuk memilih bentuk kediamannya sendiri dan

menetap di kawasan rancangan tempatan.

• Memberi sebuah persekitaran baru yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai

kemudahan. Cadangan ini akan mengambil kira pelbagai aspek terutamanya penyediaan

kemudahan yang lengkap. Ini tentulah akan memberi keselesaan dan memudahkan kehidupan

penduduk di sini.

ii.

Impak Negatif

• Perubahan kepada hak milik tanah akan berlaku kerana pembangunan ini telah dirancang di

atas tanah milik persendirian. Ini akan merugikan penduduk terbabit kerana pemilikan tanah

yang dipunyai oleh penduduk tempatan akan berpindah milik kepada pihak yang lain.

• Kehidupan harian penduduk tempatan juga akan berubah akibat daripada cadangan ini.

Cadangan ini akan menjadikan kawasan perumahan di sekitar kawasan Tg. Sepat, Kelanang

dan Sepang Orchard Resort menjadi sibuk dan sesak dengan penghuni baru dan kenderaan.

• Suasana dan persekitaran asal kampung akan berubah menjadi kawasan perumahan yang

sesak dan sibuk. Tiada lagi suasana sunyi atau tenang kerana persekitaran baru adalah sibuk

dengan kehadiran penghuni baru dan kenderaan penduduk yang keluar dan masuk ke kawasan

perumahan tersebut. Ini akan menyebabkan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran

dengan pembangunan ini terpaksa menghadapi suasana baru yang berlainan daripada suasana

asal perkampungan mereka.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!