13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 2

2.2 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Rancangan tempatan ini mencadangkan 3 jenis pembangunan perumahan seperti berikut:

i. Perumahan terancang berdensiti sederhana

Perumahan jenis ini terdiri daripada perumahan jenis teres, berkembar dan sesebuah yang telah

dirancang dengan dilengkapi kemudahan masyarakat seperti masjid, sekolah, unit perdagangan dan

padang kejiranan. Rancangan tempatan ini telah menetapkan bahawa setiap pembangunan perumahan

terancang perlulah berdensiti sederhana iaitu tidak melebihi 30 unit / 1 hektar. Sebarang

pembangunan rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium adalah tidak dibenarkan untuk

dibangunkan, kecuali pembangunan yang telah diluluskan (Projek Bandar Peranginan Pantai Morib)

yang dilihat merupakan sebuah ‘new township’ yang berperanan dalam memangkin kemajuan dan

kemodenan di kawasan rancangan tempatan.

iii.

Perumahan perkampungan berproduk

Cadangan perumahan perkampungan

berproduk ini disediakan di Kg. Batu Laut dan

Kg. Kundang yang bertujuan untuk

menjadikan kawasan perkampungn ini

sebagai produk pelancongan dan

perdagangan utama berasaskan sumber

desa. Antara perusahaan desa yang akan

dijalankan oleh kawasan perumahan

perkampungan berproduk ini adalah

‘homestay’, pembuatan kerepek, kraf tangan

dan lain-lain lagi yang akan menjana

pertumbuhan ekonomi setempat.

Antara produk yang akan dipasarkan secara besar-besaran oleh

kawasan perkampungan berproduk ke seluruh daerah dan Negeri

Selangor.

Garis panduan perumahan ini disediakan dalam enam peringkat (Jadual 2.2.1) iaitu:

i. Piawaian pembangunan

ii. Reka bentuk bangunan

iii. Landskap dan pengindahan

iv. Rekreasi

v. Alam sekitar

vi. Kemudahan jalan raya dan laluan pejalan kaki

Contoh reka bentuk perumahan berkembar dan teres yang dibangunkan secara terancang.

ii.

Perumahan perkampungan tradisional

Rancangan tempatan ini mempunyai beberapa perkampungan tradisional yang pernah memenangi

pelbagai anugerah di dalam pertandingan (keindahan kampung) di peringkat negeri dan kebangsaan

antaranya Kg. Endah. Kg. Kanchong Darat dan Kg. Batu Laut. Oleh yang demikian, ciri-ciri

perkampungan sedia ada akan dikekalkan sebagai satu aset pelancongan bagi kawasan rancangan

tempatan ini. Selain mengekalkan keluasan perkampungan sedia ada (meliputi kawasan perumahan

dan pertanian), rancangan tempatan ini telah menyediakan zon untuk mendirikan unit kediaman baru

(infill) dan lain-lain kemudahan masyarakat serta pusat pertumbuhan desa. Ini secara tidak langsung,

kemudahan ini akan meningkatkan tahap keselesaan penduduk di kawasan rancangan tempatan ini.

Penambahan unit rumah secara ‘infill’ ini hanya dibenarkan mengikut piawaian yang ditetapkan agar

jumlah rumah yang dibina di setiap lot tanah tidak melebihi dari keperluan sebenar (unjuran). Sebarang

pembangunan perumahan terancang yang berdensiti rendah dibenarkan di kawasan

perkampungan ini dengan mematuhi syarat-syarat tertentu.

Selain itu, garis panduan khusus untuk pembangunan kediaman juga turut disediakan. Ini adalah

kerana kawasan rancangan tempatan mempunyai masalah kepada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

dari segi pemajuan pembangunan perumahan dengan skala yang kecil. Permasalahan yang wujud

adalah khusus dari aspek penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan masyarakat.

Definisi yang diberikan bagi pembangunan perumahan dengan skala yang kecil adalah meliputi

kesemua permohonan kebenaran merancang dalam satu atau lebih permohonan untuk tujuan

kediaman yang kurang daripada 3 hektar.

Beberapa garis panduan khusus yang disediakan adalah:

• Setiap pembangunan perlu menyumbang kepada Dana Fasilliti yang dipertanggungjawab

sepenuhnya oleh PBT di bawah seliaan kerajaan negeri melalui JPBD Negeri. Dana Fasiliti

bertujuan untuk menanggung kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan yang

dibangunkan oleh PBT.

• Jumlah sebenar yang terlibat dalam kos sumbangan adalah berdasarkan kepada jumlah

keluasan, unit, jenis serta pembangunan kemudahan yang disediakan oleh pemaju.

• Sekiranya pembangunan kemudahan disediakan oleh pemaju, perancangan kemudahan perlu

merujuk secara langsung kepada rancangan tempatan dan kemudahan ini akan dikawal selia

oleh PBT dari segi aspek kuantiti, lokasi serta kualiti.

• Pembangunan yang mempunyai densiti rendah iaitu kurang daripada 5 unit per hektar adalah

terkecuali daripada syarat ini.

Sila rujuk Bab 2.4 untuk mengetahui keperluan kemudahan masyarakat yang perlu disediakan bagi

semua permohonan kebenaran merancang dalam satu atau lebih permohonan untuk tujuan kediaman

yang kurang daripada 3 hektar (100 buah rumah).

Pembangunan berskala kecil merupakan potensi positif kepada pembangunan dan kemajuan kawasan

rancangan tempatan. Namun, jika jumlah pembangunan ini semakin bertambah tanpa sebarang

kawalan, penyediaan kemudahan masyarakat dan lain-lain kepentingan penduduk akan diabaikan.

Pengekalan jenis perumahan perkampungan tradisional akan mewujudkan suasana dan identiti yang unik bagi kawasan

rancangan tempatan.

Garis Panduan Kawalan Pembangunan 2.2-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!