13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 5

iii.

Aktiviti perindustrian seluas 29.05 hektar di BP 2 (Kelanang) bersebelahan dengan Jalan

B59 dan di BP4 (Batu) seluas 20.20 hektar

Kesan Alam Sekitar

• Pencemaran air dari industri yang berasaskan makanan terutama yang menggunakan air.

• Pencemaran udara dan bunyi bising dari industri perbengkelan.

• Pelupusan sisa pepejal, kumbahan dan efluen industri akan menjejaskan kualiti sistem saliran

dan perparitan yang berhampiran.

Langkah-langkah Kawalan

Di antara langkah-langkah mengawal, mengurang dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar

adalah seperti di bawah:

• Zoning dan perletakan industri yang serasi bagi memudahkan penguatkuasaan langkahlangkah

kawalan.

• Membina zon penampan untuk memisahkan kawasan perindustrian dengan kawasan sekitar.

• Menyediakan lorong pejalan kaki dan landskap yang bersesuaian di sekitar kawasan industri.

• Menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi.

• Menyediakan kemudahan-kemudahan yang menyokong industri seperti kemudahan

telekomunikasi, pencawang elektrik, saluran longkang / parit, stor, bilik penyejukan (cold room),

bilik persidangan, tempat pelupusan sampah dan juga kawasan lapang.

• Membina jalan keluar masuk yang dapat memudahkan pengunjung untuk mengunjungi

kawasan ini.

iv.

Pembinaan Jalan-Jalan Baru

• Pelebaran dan pembaikan Jalan Persekutuan 5 (40m) sepanjang 28.67km.

• Pembinaan Lebuhraya Pantai Barat sejauh 18.4km.

• Pembinaan jalan baru (40m) dari Banting ke Sepang sejauh 6 km.

• Pembinaan jalan baru (40m) yang menghubungkan jalan B121 dengan Lebuh Raya Pantai

Barat dan kawasan pinggiran KLIA sejauh 11km.

• Pembinaan jalan baru (40m) yang menghubungkan Jalan Negeri B324 dengan Lebuh

Raya Pantai Barat dan pinggiran KLIA sejauh 8km.

Kesan Alam Sekitar

Projek-projek yang berkaitan dengan infrastruktur seperti pembinaan jalan baru pada dasarnya

mempunyai kesan alam sekitar seperti kelodakan dan pemendapan yang bersifat sementara sahaja.

Kesan-kesan negatif juga dilihat dari segi peningkatan debu dan habuk terampai hasil dari pembukaan

tanah yang telah didedahkan kepada angin serta adanya pertambahan kenderaan binaan yang

digunakan untuk mengangkut batu, pasir, tar dan sebagainya. Bagaimanapun, kesan tersebut dianggap

sementara sahaja memandangkan apabila jalan-jalan tersebut siap, permukaan jalan akan ditar dan

dilandskap dengan baik. Bagaimanapun, dari segi pencemaran udara dan bunyi bising, ianya

merupakan kesan jangka panjang, bergantung kepada langkah-langkah mitigasi yang telah diambil

seperti penyediaan zon penampan dan sebagainya.

Sekiranya jajaran jalan baru melibatkan kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (Tambahan),

kesan utama adalah berpunca dari pembahagian kawasan kepada dua bahagian (kiri dan kanan jalan)

di mana pemisahan ini akan berpotensi untuk mengganggu dan mengecilkan saiz kawasan keliaran

binatang-binatang liar terutamanya yang dikategorikan sebagai ‘Dipelihara Sepenuhnya (Totally

Protected), di mana ianya tertakluk di bawah Akta Pemeliharaan Binatang Liar, 1997. Di samping kesan

kekal jangka panjang yang melibatkan gangguan habitat semula jadi bintang liar, pembangunan ini juga

akan mengurangkan bilangan binatang liar disebabkan oleh perpindahan dan kemalangan.

Langkah-Langkah Kawalan

Bagi meminimumkan kesan alam sekitar yang berpunca dari kelodakan dan pemendapan, garis

panduan seperti Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA), Garis Panduan Hakisan Tanah dan

Kelodakan oleh JAS dan sebagainya perlu digunapakai setiap masa supaya pembinaannya tidak akan

mengganggu kadar larian air permukaan yang boleh menyebabkan kejadian banjir di kawasan hilir dan

mengelakkan dari masalah hakisan tanah dan pemendapan. Bagi meminimumkan kesan gangguan

kepada habitat binatang liar, satu jaluran hijau atau satu kawasan lintasan perlu disediakan di kawasan

yang bersesuaian untuk tujuan tersebut.

5.4 CADANGAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Lanjutan dari penilaian kesan cadangan projek-projek pembangunan di peringkat rancangan tempatan

kepada alam sekitar, sebuah Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) telah disediakan sebagai hasil

akhir kajian SEA. EMP ini antara lain telah mengenalpasti langkah-langkah tebatan atau mitigasi bagi

mengatasi impak negatif atau kesan buruk yang berkemungkinan berlaku akibat cadangan

pembangunan atau aktiviti tertentu yang dijalankan.

Objektif utama EMP ini adalah untuk memelihara, mengekal dan membaiki kualiti alam sekitar yang ada

di semua peringkat pembangunan projek-projek yang telah dikenalpasti di peringkat ini. Untuk tujuan ini,

skop pengurusan alam sekitar adalah seperti berikut:

i. Memberi penjelasan terhadap aspek-aspek impak alam sekitar yang akan terjana pada

peringkat perancangan, pembinaan dan operasi projek.

ii. Membuat penilaian terhadap akitiviti yang berpotensi untuk mencemarkan alam sekitar bagi

setiap cadangan komponen projek semasa fasa pembinaan dan operasi projek.

iii. Mencadangkan program pengawasan alam sekitar merangkumi kualiti air, udara dan bunyi

bising semasa pembinaan dan operasi projek.

5.4.1 Projek-Projek Yang Mempunyai Kesan Alam Sekitar

Projek-projek berikut dilihat mempunyai kesan kepada alam sekitar yang tinggi kerana perletakan

cadangan projek tersebut di kawasan yang dikenal pasti sebagai KSAS yang berisiko tinggi jika

dibangunkan iaitu di kawasan hutan paya bakau dan juga di kawasan pinggir pantai. Pembangunan di

kawasan ini akan memerlukan langkah-langkah perancangan dan pembangunan yang lebih prihatin dan

mesra alam dari segi fizikal, teknikal dan kejuruteraan.

Projek-projek yang perlu diberi keutamaan adalah:

• Kompleks rekreasi maritim di Kanchong Laut seluas 8.26 hektar, taman tema air di BP 1 (Morib)

seluas 18.90 hektar dan pusat rekreasi berasaskan air di Batu Laut seluas 5.05 hektar

• Hospital yang akan dibangunkan di Kanchong Laut dengan keluasan 14.17 hektar.

• Akuakultur di pesisiran pantai Tg. Sepat (20.84 hektar).

5.4.2 Impak Projek Kepada Alam Sekitar

Secara amnya, jenis dan magnitud impak-impak alam sekitar yang dijangka akan timbul adalah

bergantung kepada keadaan semula jadi di dalam dan di persekitaran tapak serta kewujudan penerima

kesan alam sekitar (reseptor). Di antara komponen-komponen pencemaran yang dikenalpasti

berpotensi akan berlaku adalah seperti hakisan dan pemendakan, pencemaran air, pencemaran udara,

pencemaran bunyi, buangan pepejal dan efluen perindustrian manakala dari aspek kepelbagaian

biologi, pembukaan kawasan hutan paya bakau adalah berpotensi tinggi untuk menjana pelbagai

implikasi / isu berkaitan kualiti alam sekitar.

Penilaian Strategik Alam Sekitar (SEA) 5-16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!