13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 6

6.0 IMPLIMENTASI SISTEM MAKLUMAT RANCANGAN TEMPATAN

6.1 PENGENALAN

Pembangunan yang semakin pesat dan teratur adalah hasil dari perancangan yang teliti, bersepadu dan

menyeluruh. Pada masa ini, aktiviti perancangan menjadi semakin penting dan prakmatik selaras

dengan perkembangan teknologi maklumat. Peningkatan data spatial serta keperluan terhadap

perancangan yang lebih kompleks dari pihak berkepentingan menyebabkan wujudnya permintaan dan

penggunaan kaedah mengurus maklumat spatial dengan lebih berkesan dan tepat. Oleh itu,

penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah satu kaedah yang sangat sesuai dan tepat di

dalam urusan perancangan, pengawalan, pemantauan dan pengurusan sesebuah rancangan tempatan.

Bagi laporan ini, cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah berdasarkan pelaksanaan GIS di

peringkat PBT kawasan rancangan tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Langat.

GIS untuk rancangan tempatan semakin meluas digunakan di dalam membantu aktiviti pembangunan

dan perancangan di kawasan terlibat. Ini adalah selari dengan pelaksanaan dan penggunaan GIS di

dalam rancangan pemajuan yang telah sedia ada sama ada di peringkat makro dan negeri seperti

Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri (RSN). Dalam proses penyediaan

rancangan tempatan, GIS digunakan untuk menyimpan data spatial dan bukan spatial, penganalisaan

data dan seterusnya persembahan data untuk laporan dan taklimat. Carta proses penyediaan

rancangan tempatan dan penggunaan GIS mengikut proses tersebut adalah seperti di dalam Rajah 6.1

di bawah. Bagi tujuan keseragaman dan penyelarasan dengan rancangan-rancangan pemajuan yang

telah dan sedang disediakan, penggunaan GIS adalah sangat tepat dan sesuai di dalam proses

penyediaan rancangan tempatan.

Rajah 6.1:Proses Penyediaan RT Menggunapakai GIS

PROSES PENYEDIAAN RT

Ringkasan projek

Asas rujukan

(Laporan awalan)

Metodologi kajian

• Skop kajian dan “data volume”

Pengumpulan data

Analisis data (dokumen teknikal)

Pelan-pelan grafik sokongan

PROSES PENGGUNAAN GIS

Liputan kawasan rancangan tempatan

(Syit piawai yang terlibat)

Asas rujukan

Penyediaan peta asas berdigit

Penyediaan peta asas berdigit

Input data spatial dan atribut

Pemprosesan data dan analisis data

Persembahan data

6.2 KONFIGURASI SISTEM

Pelaksanaan sistem maklumat geografi tidak lengkap tanpa perkakasan dan perisian. Konfigurasi

sistem bagi PBT adalah merangkumi perkakasan, perisian dan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) bagi

pihak pengurusan. Bagi melaksanakan GIS di peringkat PBT, adalah dicadangkan jabatan-jabatan yang

kebanyakan datanya mempunyai elemen spatial seperti Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan

Kejuruteraan, Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Penilaian diberikan fasa pertama pelaksanaan.

Dalam masa yang sama, sistem GIS boleh dilaksanakan bagi jabatan-jabatan lain sebagai sistem

sokongan operasi mereka.

Peta cadangan

Pernyataan bertulis

(Garis panduan pembanguanan

dan piawaian perancangan)

Penyimpanan data untuk aplikasi seterusnya

dan pengemaskinian data

Suaipakai aplikasi (Executive information systems)

Sumber: Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Semenanjung Malaysia, Jun 2002.

Cadangan perkakasan dan perisian bagi sistem maklumat geografi adalah berdasarkan kepada

keperluan GIS bagi setiap jabatan yang dicadangkan. Untuk perkakasan, setiap jabatan yang

dicadangkan akan mempunyai dua unit terminal dan dua unit perisian GIS. Perisian GIS yang

dicadangkan adalah jenis ‘desktop’ seperti ArcView atau MapInfo. Satu pelayan (server) diperlukan

sebagai pusat penyimpanan dan perolehan data. Bagi memastikan keselamatan data, proses

penyimpanan data hanyalah dibuat pada pelayan dan tidak pada setiap terminal GIS di jabatan masingmasing.

Pangkalan data GIS dalam satu pelayan berpusat adalah lebih stabil dan dapat dikongsi bersama

(common data base) serta dapat menampung data yang lebih banyak dan analisis yang lebih terkini.

Pangkalan data ini juga merupakan pangkalan data terbuka dan mempunyai ciri-ciri keselamatan dan

keutuhan data. Satu pengimbas warna bersaiz A0 juga dicadangkan untuk kerja-kerja imbasan peta,

pelan dan lukisan. Satu pencetak bersaiz A4 dan A3 serta satu mesin plot dicadangkan untuk kerjakerja

cetakan hasil akhir. EIS dicadangkan untuk kegunaan peringkat pengurusan bagi paparan data

dan maklumat (Rajah 6.2).

Implimentasi Sistem Maklumat Rancangan Tempatan 6-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!