13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

4.3 CADANGAN PENGURUSAN DAN MITIGASI SOSIAL

iii.

Saranan Tindakan

4.3.1 Cadangan Institut Latihan (IL)

Rancangan tempatan ini menyediakan cadangan untuk membina sebuah institut latihan di Taman

Gadong, Kg. Batu Laut, Taman Harmoni, Pantai Morib dan Kg. Kundang. Institut latihan ini akan

memberi kemudahan kepada badan-badan kerajaan, pihak swasta dan individu untuk menjalankan

konvensyen, seminar, kursus dan kelas-kelas motivasi. Ia juga sebagai salah satu daya tarikan dan

pelengkap kepada pembangunan Bandar Morib di masa hadapan.

i. Impak Positif

Cadangan pembinaan institut latihan ini telah dikenalpasti akan memberi lebih banyak impak yang

positif daripada aspek-aspek berikut:

• Peningkatan kualiti kehidupan penduduk akan berlaku kerana aksesibiliti dan kemudahan

awam turut dipertingkatkan dan ini akan memberi kebaikan kepada penduduk.

• Melengkapkan perkampungan sekitar dengan pelbagai kemudahan yang lebih baik dan

lengkap.

• Penduduk tempatan berpeluang untuk meningkatkan pendapatan keluarga dengan berniaga.

• Mempertingkatkan kemahuan, kesedaran dan pengetahuan penduduk tempatan dalam

pelbagai bidang yang ditawarkan di institut ini.

• Peluang pekerjaan baru akan wujud khususnya di sektor perkhidmatan dan ini akan membuka

lebih banyak ruang kepada penduduk tempatan untuk mengisinya. Mereka boleh memilih untuk

menjadi pekerja, pembekal makanan atau tenaga pengajar di sini.

ii.

Impak Negatif

Cadangan ini juga dijangka akan turut memberikan impak negatif kepada penduduk iaitu:

• Perubahan dan gangguan kepada hubungan sosial semasa di mana kawasan tersebut akan

dipenuhi dengan kedatangan para peserta kursus. Keadaan ini akan menyebabkan perubahan

dan gangguan akibat perlakuan / pergaulan mereka yang kadang-kadang menimbulkan rasa

tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan.

• Didapati bahawa cadangan ini akan didirikan di atas tanah hak milik tanah persendirian dan

tanah rizab Melayu. Sekiranya cadangan ini akan dijalankan oleh pihak swasta, maka penduduk

terbabit akan kehilangan pemilikan tanah dan hanya mendapat sejumlah pampasan yang

berkemungkinan tidak memberikan keuntungan kepada mereka.

• Cadangan ini juga dikenalpasti akan melibatkan perpindahan rumah penduduk sedia ada.

Keadaan ini tentu merumitkan kerana penduduk terbabit terpaksa menanggung kos

perpindahan dan memilih lokasi yang bersesuaian.

• Penduduk yang terpaksa berpindah tersebut terpaksa menerima sebarang bentuk

perubahan seperti penyesuaian dengan persekitaran dan jiran baru yang tidak sama dengan

keadaan asal. Segala bentuk aktiviti penduduk juga akan berubah seperti jarak ke tempat

kerja/sekolah. Keadaan ini pasti akan merumitkan dan mengambil masa untuk penduduk

tempatan menyesuaikan diri.

a. Persediaan Bagi Penempatan Semula Penduduk Tempatan

Penduduk tempatan yang telah dikenalpasti akan terlibat dengan cadangan pembangunan ini perlu

bersedia daripada aspek fizikal dan mental. Aspek fizikal adalah seperti persediaan kewangan yang

mencukupi bagi keperluan untuk berpindah. Sementara aspek keperluan mental pula berkaitan dengan

kesesuaian persekitaran yang tidak jauh bezanya dengan tempat asal penduduk tempatan. PBT dan

Pejabat Tanah perlu berganding bahu khususnya di dalam pemilihan lokasi baru dan bentuk pampasan

yang bersesuaian yang perlu diberikan kepada penduduk.

b. Pemberian Pampasan Perlu Dipersetujui Oleh Penduduk

PBT perlu memikirkan cara terbaik bagi menangani isu ini iaitu sama ada menerusi penempatan semula

penduduk di lokasi tertentu atau pemberian pampasan dengan mengambil kira kedua-dua perkara

berikut:

• Lokasi penempatan baru perlu mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kediaman asal

penduduk. Ini akan memudahkan penduduk menyesuaikan diri dan mengelakkan mereka

daripada terpinggir atau tertekan. Contohnya, penduduk yang berasal dari kawasan pedalaman

tidak sepatutnya ditempatkan di kawasan bandar yang pastinya taraf kehidupan adalah tinggi.

• Tetapi jika penduduk tempatan memilih untuk menerima kediaman baru, maka PBT perlu

mengambil kira bentuk kediaman yang bersesuaian. Ini kerana, penduduk di kawasan

rancangan tempatan telah mendiami perumahan kampung yang luas dan selesa. Ini

menyebabkan perumahan jenis pangsa dengan keluasan yang terhad adalah tidak bersesuaian

dengan cara kehidupan mereka.

• Memastikan penduduk tempatan menerima manfaat daripada pembangunan ini.

PBT perlu memastikan agar penduduk tempatan mendapat manfaat sepenuhnya daripada cadangan

pembangunan ini menerusi langkah-langkah berikut:

• Keutamaan kepada penduduk tempatan untuk mengisi peluang-peluang pekerjaan yang

ada.

• Mengambil bahagian di dalam sektor perniagaan.

Saranan ini perlu dipantau oleh PBT, KKLW dan PDKL secara bersama. Sementara itu, penduduk

tempatan khususnya penduduk dari perkampungan Sg. Morib, Taman Harmoni, Kg. Batu Laut, Taman

Gadong dan Kg. Kundang perlu diberi peluang untuk mendapat manfaat daripada cadangan ini.

Keutamaan harus diberikan kepada golongan belia dan suri rumah tempatan agar mereka ini tidak perlu

keluar dari perkampungan masing-masing untuk mendapatkan pekerjaan.

4.3.2 Cadangan ‘Scenic Drive’ (SD)

Cadangan ini adalah merujuk kepada cadangan untuk mewujudkan laluan khas di sepanjang pesisiran

Pantai Batu Laut yang dikenali sebagai ‘scenic drive’. Ia akan dilengkapi dengan penyediaan elemen

landskap lembut dan kejur, ‘promenade’, ‘esplanade’, pondok khas, menara tinjau dan wakaf. Antara

kemudahan lain yang disediakan ialah bangku, jeti, tempat meletak kenderaan dan trek ‘jogging’.

Sementara aktiviti lain yang dicadangkan adalah melihat panorama matahari terbenam khususnya di

Pantai Batu Laut dan aktiviti ini tentunya menarik kehadiran pengunjung ke sini. Cadangan ini juga akan

melibatkan beberapa kawasan iaitu Taman Kanchong Laut - Taman Gadong, Taman Harmoni, Kg.

Kundang, Tumbok dan Tg. Layang.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!