13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

d. Memastikan Monopoli Perniagaan Adalah Adil

Monopoli perniagaan perlu dilakukan dan dipantau oleh agensi terbabit agar tidak wujud pihak atau

pengusaha-pengusaha tertentu sahaja yang mendapat peluang perniagaan ini. Beberapa perkara yang

disarankan adalah:

• Mensyaratkan hanya produk-produk yang diusahakan oleh penduduk tempatan sahaja

yang akan dipasarkan di sini.

• Diperbuat daripada bahan-bahan mentah tempatan yang diperolehi dan dibekalkan oleh

penduduk tempatan.

4.3.5 CADANGAN MEWUJUDKAN REKREASI MARITIM (RM)

Cadangan ini adalah merujuk kepada cadangan untuk menubuhkan pusat rekreasi maritim di Kanchong

Laut dan Batu Laut. Aktiviti rekreasi maritim yang dimaksudkan adalah seperti memancing, belayar, jet

ski, kayak, ‘horse riding’ dan memancing. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan pejabat pengurusan,

ruang menunggu, restoran, jeti, bilik persalinan dan tempat meletak kenderaan bagi memudahkan orang

ramai yang mengunjungi kawasan ini.

i. Impak Positif

• Peluang pekerjaan baru akan wujud di mana ia memberi peluang kepada penduduk tempatan

untuk mengisi kekosongan tersebut. Penduduk tempatan juga tidak perlu keluar dari kampung

masing-masing untuk mendapatkan pekerjaan.

• Peningkatan pengetahuan penduduk tempatan tentang rekreasi maritim.

• Peningkatan kemasukan pelancong asing dan tempatan ke kawasan rancangan tempatan

akan memberi manfaat kepada ekonomi tempatan. Ini kerana pelancong mempunyai kuasa beli

yang tinggi dan ini akan menguntungkan penduduk tempatan.

• Kemudahan asas / utiliti akan bertambah baik di kawasan ini. Bagi menggalakkan

pelancongan, kemudahan asas dan utiliti akan dipertingkatkan agar ia mampu menyokong

kewujudan kawasan rekreasi maritim ini.

• Nilai hartanah tempatan juga akan meningkat dengan mendadak dan akan menguntungkan

penduduk tempatan. Dengan adanya pelbagai kemudahan seperti sistem jalan raya yang baik,

kemudahan awam yang lengkap dan lain-lain lagi, cadangan ini akan membantu meningkatkan

nilai hartanah tempatan.

ii.

Impak Negatif

• Kemasukan para pelancong akan memberi kesan kepada penduduk tempatan khususnya dari

aspek perubahan kepada sosio budaya penduduk tempatan. Perlakuan dan cara

berpakaian khususnya pelancong asing dikhuatiri akan menjadi ikutan remaja tempatan.

• Perubahan kepada struktur dan peluang pekerjaan baru. Penduduk tempatan akan

berpeluang mengisi peluang-peluang pekerjaan baru yang lebih mencabar seperti menjadi

pengusaha / pelatih sukan atau membuka perniagaan yang berasaskan sukan.

• Perkampungan berhampiran akan mengalami perubahan pembangunan / persekitaran yang

ketara. Antara perubahan yang dijangka berlaku adalah seperti kewujudan pusat perniagaan

baru seperti chalet, kemudahan infrastruktur dan awam yang lengkap.

• Kehilangan privasi di kalangan penduduk tempatan akibat kedatangan para pelancong

khususnya di musim-musim tertentu.

• Peningkatan kepada harga barangan yang meningkat akibat peningkatan harga barangbarang

yang disasarkan penjualannya kepada pelancong.

• Kerosakan kepada alam semula jadi dikhuatiri akan berlaku akibat aktiviti sukan air dan

pembangunan yang membabitkan laut yang terdapat di sini.

• Perubahan kepada hak milik tanah persendirian akan berlaku di mana penduduk tempatan

yang ghairah mengaut keuntungan akan menjual tanah kepada pemaju.

• Masalah sosial dan jenayah akan meningkat. Kemasukan pelancong dan pembangunan

yang rancak di sini akan menyumbang kepada peningkatan masalah sosial dan jenayah.

iii.

Saranan Tindakan

a. Menjayakan Program Kesedaran Agar Aset Semula jadi Yang Terdapat Di Kawasan

Rancangan Tempatan Dapat Dikekalkan

PBT dan JAS perlu memantau pelaksanaan aktiviti pembangunan di sini dan kajian EIA perlu dilakukan

bagi mengenal pasti impak kepada persekitaran tempatan. PBT dan MTPN juga perlu melaksanakan

saranan berikut bagi faedah bersama iaitu:

• Pengunjung perlu ditawarkan pengalaman yang boleh mencetuskan kesedaran seperti

mengadakan sambutan Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan lain-lain.

• Mensyaratkan agar aktiviti pelancongan maritim ini tidak akan menjejaskan alam

persekitaran tempatan.

• Keuntungan yang diperolehi daripada pelancongan ini akan digunakan untuk tujuan

pemuliharaan dan penyelidikan saintifik.

b. Penduduk Tempatan Perlu Digalakkan Untuk Bergiat Aktif Di Dalam Pembangunan Ini

Penduduk tempatan juga perlu mengambil bahagian secara aktif di dalam pembangunan ini. Oleh itu,

pembentukan buruh tempatan yang terlatih perlu diutamakan. Latihan perlu diberikan dan disasarkan

kepada golongan gunatenaga aktif tempatan. Penduduk tempatan juga perlu diberi peluang menjadi

peniaga berasaskan peluang-peluang yang ada secara adil dan saksama. Jabatan Buruh di peringkat

negeri dan daerah perlu mengenal pasti jenis program latihan ini agar ia bersesuaian dengan keperluan

pekerjaan yang akan wujud.

4.3.6 CADANGAN MEWUJUDKAN PERIKANAN AKUAKULTUR (AK)

Cadangan untuk mewujudkan akuakultur di pesisiran pantai Tg. Sepat. Konsep penternakan perikanan

akuakultur yang dipilih adalah daripada jenis kolam yang dianggap bersesuaian dengan penternak

tempatan.

i. Impak Positif

• Pendapatan para penternak akan lebih terjamin dan stabil kerana hasil perikanan

akuakultur ini tidak bergantung kepada musim tertentu atau terjejas akibat musim tengkujuh dan

kualitinya juga dapat diawasi oleh pengusaha.

• Pemindahan teknologi akan berlaku dan ini akan memberi kebaikan kepada penduduk

tempatan. Program khidmat nasihat yang disusun oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan

Perikanan akan memberi kebaikan dan menambah pengetahuan kepada penduduk tempatan.

• Hasil ternakan yang lebih konsisten dapat membantu para pengusaha menstabilkan sumber

ekonomi keluarga.

• Penduduk tempatan akan terdedah kepada teknologi dan pengetahuan baru di dalam

bidang penternakan akuakultur seperti penyakit, pembiakan, pemakanan dan lain-lain yang

menguntungkan mereka.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!