13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 2

...sambungan

Perletakan Saiz / Bahan / Warna Reka Bentuk, Imej Dan Identiti Penyelenggaraan

LAMPU

i. Cadangan penambahan dan penyediaan lampu di

kawasan tumpuan terutamanya di kawasan

pembangunan sepanjang pesisiran pantai kawasan

rancangan tempatan.

ii. Diletakkan dalam jarak 4.5m hingga 6.1m secara

berulang untuk memastikan bahawa cahaya yang

menerangi laluan akan berterusan tanpa

menyebabkan mana-mana kawasan menjadi gelap

dan seterusnya mendatangkan bahaya.

iii. Setiap tiang lampu perlulah disusun dalam keadaan

teratur.

iv. Lampu perlulah diletakkan di dalam rizab yang telah

ditetapkan iaitu 0.4m dari bahagian tepi laluan

pejalan kaki.

v. Perletakan di bahagian tengah tidak dibenarkan

untuk mengelakkan berlakunya gangguan terhadap

kelancaran perjalanan pengguna dan mewujudkan

rasa tidak selesa kepada pengguna.

vi. Perletakan lampu perlu mengatasi dua jenis

kesilauan iaitu secara langsung dan kesilauan

terpantul. Bagi kesilauan secara langsung, ia

berlaku apabila silau lampu tersebut terus ke arah

mata pengguna tanpa halangan. Kesilauan terpantul

pula berlaku hasil daripada pantulan silau lampu

terhadap permukaan yang berkilat dan

memantulkan cahaya ke arah pengguna.

‘BOLLARD’

i. ‘Bollard’ perlu diletakkan di setiap bahagian tepi atau

penghujung laluan pejalan kaki dengan tujuan

menghalang kenderaan menggunakan laluan

tersebut. Ini adalah untuk memastikan keselamatan

pengguna berada di tahap yang maksimum.

ii.

Setiap ‘bollard’ mestilah diletakkan dalam jarak

minimum 0.3m dari kerb di bahagian tepi jalan.

iii. Jarak antara setiap ‘bollard’ ialah antara 0.9m hingga

1.2m dan disusun secara teratur. Ini adalah untuk

memberi laluan kepada golongan kurang upaya

yang menggunakan kerusi roda.

Saiz

i. Ketinggian lampu untuk laluan pejalan kaki ialah di

antara 2.1m hingga 3m. Ini adalah untuk memastikan

tahap pencahayaan yang diberikan mampu menerangi

pejalan kaki. Ia juga sesuai dengan skala ketinggian

manusia.

Bahan

i. Bahan yang digunakan mestilah berkualiti, tahan lasak,

tidak memerlukan penyelenggaraan yang terlalu kerap

dan jimat dari segi kos. Antara bahan yang disyorkan

ialah konkrit, besi atau aluminium.

Warna

i. Warna yang digunakan mestilah sesuai dengan identiti

kawasan pelancongan dan pembangunan di kawasan

sekitar. Antara warna yang disyorkan ialah hitam, biru

dan perak (silver). Warna yang boleh memantulkan

cahaya juga sesuai digunakan untuk meningkatkan ciriciri

keselamatan.

Saiz

i. Saiz diameter yang sesuai bagi ‘bollard’ ialah 0.15m

hingga 0.3m.

ii. Ketinggian setiap ‘bollard’ mestilah di antara 0.6m

hingga 0.9m. Ketinggian ini bersesuaian dengan skala

manusia dan tidak menghalang tahap penglihatan.

Bahan

i. Menggunakan ‘bollard’ yang keras seperti besi dan

simen agar sebarang kenderaan yang terbabas tidak

merempuh ke kawasan laluan pejalan kaki yang akan

membahayakan keselamatan pengguna.

Warna

i. Warna ‘bollard’ mestilah jelas dan kontra seperti hitam,

merah dan biru untuk memastikan ia boleh dilihat dari

jarak yang jauh. Warna yang boleh memantulkan

cahaya juga sesuai digunakan untuk meningkatkan ciriciri

keselamatan.

i. Reka bentuk yang kreatif dan mempunyai identiti

yang tertentu adalah penting bagi melambangkan

imej yang ingin diwujudkan.

Reka bentuk lampu yang dikombinasikan bersama ‘banner’ sesuai

untuk kawasan pelancongan di pesisiran pantai.

ii. Reka bentuk lampu perlu dipastikan mampu

menerangi bahagian laluan pejalan kaki terutama

bagi laluan yang agak sunyi di waktu malam agar

dapat memberikan rasa selamat kepada pengguna.

i. Reka bentuk setiap ‘bollard’ adalah berdasarkan

kepada imej kawasan tersebut. Reka bentuk yang

tidak tajam dan berbentuk separuh bulatan di setiap

sisi adalah digalakkan. Ini adalah untuk

mengelakkan pengguna dari tercedera.

i. Menilai kualiti pencahayaan sama ada

berada di tahap yang baik atau tidak (1- 2

kali bagi setiap bulan).

ii. Menilai kualiti cat dan bahan luaran tiang

lampu (1 kali bagi setiap 2 -3 bulan).

Antara reka bentuk lampu yang sesuai diaplikasikan di

kawasan rancangan tempatan.

i. Setiap ‘bollard’ perlulah dicat semula

sekiranya telah mulai luntur (1 kali bagi

setiap sebulan) dengan tujuan untuk mudah

dilihat oleh pengguna terutama kepada

pengguna yang menggunakan kenderaan

bermotor. Kerja membaikpulih dan

menggantikannya dengan yang baru juga

perlu dijalankan untuk memastikan ‘bollard’

ini dapat berfungsi dengan sebaiknya.

0.75m 1.8-3m

0.3m

Rizab Menanam Laluan Pejalan Kaki

Pokok

Contoh reka bentuk bollard di luar negara yang boleh dijadikan

contoh bagi penggunaan di kawasan rancangan tempatan.

Reka bentuk ‘bollard’ yang sesuai disediakan di

kawasan pesisiran pantai.

Bersambung...

Garis Panduan Kawalan Pembangunan 2.7-3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!