13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

Selain daripada itu, sokongan dan penglibatan dari awal oleh pihak pengurusan atasan merupakan satu

intipati penting kejayaan pelaksanaan RT. Ini mempengaruhi perjalanan dan kesungguhan setiap

jabatan dalam memberikan kerjasama bagi melaksanakan RT ini.

Pihak Majlis perlu memastikan semua jabatan melibatkan diri dalam menjayakan dan melaksanakan

Rancangan Tempatan. Ini bermaksud, jabatan teknikal dan jabatan pengurusan saling memerlukan

dalam membentuk kerjasama yang menyeluruh. Sokongan dari semua jabatan merupakan intipati

kejayan rancangan pemajuan ini.

3.6.9 Memperkukuhkan Perancangan dan Pengurusan Alam Sekitar

Pengukuhan perancangan dan pengurusan alam sekitar di kawasan kajian dilihat sebagai satu usaha

yang amat penting dan relevan dengan kawasan rancangan tempatan. Ini kerana terdapat banyak

sumber semulajadi seperti bakau, hutan bencah serta badan-badan air di kawasan rancangan tempatan

yang memerlukan pengurusan dan pemantauan yang khusus dan efektif. Bahagian ini mengesyorkan

perlunya satu penyelarasan dan pengurusan bersepadu di antara Bahagian Alam Sekitar dan Kawal

Selia di bawah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, MDKL dengan Jabatan Alam

Sekitar dan Jabatan Pertanian. Ini dilihat sebagai satu potensi meningkatkan kerjasama dan kepakaran

profesional di antara agensi kerajaan dalam merancang dan menguruskan ‘kawasan sensitif alam

sekitar’. Setiap pihak mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk satu pengurusan alam

sekitar yang efektif dan selamat. Beberapa peranan / fungsi telah yang disyorkan adalah:

3.6.12 Perluasan Kawasan Pentadbiran dan Operasi Majlis Daerah Kuala Langat

Berdasarkan kemampuan perkhidmatan dan kewangan, MDKL dijangka boleh memperluaskan

kawasan pentadbirannya. Perluasan kawasan pentadbiran Majlis yang dicadangkan meliputi

keseluruhan kawasan pesisiran pantai termasuk pembangunan di sepanjang Jalan Persekutuan 5.

Anggaran perluasan kawasan tersebut adalah seluas 8,171.26 hektar dan menjadikan keseluruhan

kawasan pentadbiran MDKL adalah seluas 8,495.85 hektar (Rajah 3.10). Jumlah ini merupakan

pertambahan sebanyak 96 % daripada keluasan semasa iaitu hanya sebanyak 324.59 hektar.

Cadangan terhadap perluasan kawasan Majlis merupakan keperluan dalam memastikan pelaksanaan

rancangan tempatan berjalan dengan lancar dan seiring dengan progras pembangunan. Melalui

perluasan kawasan operasi Majlis, secara tidak langsung ianya akan menjanakan peningkatan

pendapatan Majlis terutamanya dari pungutan cukai taksiran untuk kawasan perumahan, perdagangan

dan perindustrian. Ini untuk memastikan supaya pihak Majlis mendapat faedah daripada pembangunanpembangunan

tersebut. Selain itu, peruntukan Akta 171, 172 dan 133 juga dapat dikuatkuasakan di

seluruh kawasan rancangan tempatan. Maka, perancangan dan kawalan pembangunan akan dapat

diselaraskan dengan teratur, berkesan dan seterusnya, membolehkan pemberian perkhidmatan

perbandaran kepada kawasan-kawasan tersebut secara efektif.

i. Menilai dan meluluskan pelan-pelan pengurusan alam sekitar di peringkat perancangan bagi

memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara semasa peringkat pembinaan dan operasi.

ii. Sebagai pihak berkuasa tempatan, unit ini bertangggungjawab untuk menjalankan audit

pematuhan (secara mengejut) terhadap tapak projek semasa peringkat pembinaan.

iii. Menjalankan audit pematuhan (secara mengejut) terhadap projek operator semasa peringkat

projek beroperasi.

iv. Memastikan semua keperluan pematuhan alam sekitar telah dipatuhi melalui penguatkuasaan

perundangan dan peraturan yang berkaitan.

3.6.10 Kerjasama Antara Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor (MTPN) Dan Pihak Majlis

Daerah Kuala Langat (MDKL)

Kerjasama yang erat serta koordinasi kerja yang telus antara kedua-dua pihak; MTPN dan MDKL juga

merupakan intipati kejayaan pelaksanaan. MTPN berupaya untuk bertindak sebagai pelaksana terhadap

pelan pembangunan pelancongan memandangkan pengalaman yang luas dalam pelancongan. Pihak

MDKL sebagai PBT berperanan sebagai pemantau atau mengawal pembangunan pelancongan

tersebut agar selaras dengan keperluan rancangan tempatan. Ini juga bertujuan untuk memastikan

sumber pelancongan semulajadi sedia ada digunakan dengan optimum bagi meningkatkan faedah

kepada penduduk tempatan khususnya, pihak MDKL dan Kerajaan Negeri.

3.6.11 Menggalakkan Promosi Dan Program Pelancongan Oleh Pihak Majlis

Bagi menambah pendapatan pihak Majlis, pelaksanaan pembangunan pelancongan ini perlu dikaji dari

segi keperluan promosi dan penjenisan program pelancongan yang bersesuaian dengan budaya

setempat. MDKL memainkan peranan utama dari segi pengurusan promosi, program serta lokasi-lokasi

yang dikenalpasti. Penyediaan beberapa unit kecil dalam MDKL atau pengkoordinasian semula unit

sedia ada dari segi tugas dapat membantu pengurusan bagi pembangunan pelancongan ini untuk

dilaksanakan dengan jaya.

Pengurusan dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan 3-31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!