13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 5

Langkah-langkah Kawalan

Sisa klinikal yang dikategorikan sebagai bahan buang terjadual perlu dirawat di tapak atau dilupuskan di

premis-premis yang telah dilesenkan di mana pungutan dan pengangkutannya perlu mematuhi

Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 1989. Bagi kawasan rancangan

tempatan, syarikat yang telah dilesenkan bagi tujuan pengurusan sisa klinikal adalah RADICARE (M)

Sdn. Bhd.. Bahan buangan yang telah dipungut hendaklah dihantar ke tapak insinerator sisa klinikal di

Telok Panglima Garang, Selangor sebelum dihantar ke Kualiti Alam Sekitar Sdn. Bhd. di Bukit Nenas,

Negeri Sembilan untuk pelupusan.

iii.

Akuakultur di pesisiran pantai Tg. Sepat seluas 20.84 hektar

Kesan Alam Sekitar

• Pencemaran Kualiti Air - Kesan utama akuakultur adalah pencemaran air hasil dari

pembuangan air dari kolam akuakultur. Air dari kawasan akuakultur biasanya adalah kaya

dengan nutrien hasil dari penggunaan baja dan makanan yang digunakan bagi meninggikan

produktiviti ikan. Di samping itu, bahan kimia yang digunakan di dalam kolam seperti untuk

‘sterilization’, mengawal rumpai, serangga dan mengawal penyakit juga boleh mencemarkan air

di kawasan berhampiran.

• Berkemungkinan Menjejaskan Hutan Paya Bakau - Kawasan hutan paya bakau dikenal pasti

sebagai kawasan yang mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi dan kaya dengan

kandungan besi dan sulfur di dalam bentuk ‘pyrite’. Oleh itu, pembangunan akuakultur yang

berhampiran dengan kawasan hutan paya bakau berkemungkinan akan menyebabkan satu

keadaan yang berasid sulfit. Apabila keadaan ini berlaku, pH air akan turun serendah kurang

dari 3, satu keadaan di mana keadaan ini tidak sesuai untuk hidupan spesis ikan.

• Kehilangan Flora Dan Fauna - Kawasan hutan paya bakau dan kawasan pinggir pantai

merupakan kawasan yang penting untuk habitat pelbagai spesis hidupan marin seperti ‘mudskippers

fiddler’, ketam, ketam batu dan hidupan krustacea yang lain. Selain dari spesis marin,

spesis burung juga banyak bergantung kepada kawasan dataran lumpur kerana kekayaan

sumber makanan. Bagaimanapun, perubahan ekosistem akan menyebabkan kehilangan flora

dan fauna yang bergantung kepada ekosistem asal.

• Peningkatan Hakisan Pantai - Kawasan hutan paya bakau berupaya untuk mengawal hakisan

pantai dan berupaya untuk menstabilkan kawasan pantai. Bagaimanapun, apabila kawasan

hutan paya bakau ini musnah akibat akuakultur jika tidak dirancang, fungsi semula jadi kawasan

hutan paya bakau sebagai penebat hakisan pinggir pantai akan hilang.

• Kehilangan Spesis Ikan - Kawasan hutan paya bakau merupakan kawasan pembiakan

pelbagai spesis ikan, udang, ketam, kerang dan hidupan lain. Dengan kemusnahan kawasan

hutan paya bakau untuk pembangunan akuakultur, kehidupan pelbagai spesis ikan yang

bergantung kepadanya juga akan berkurangan.

5.3.2 Projek-Projek Yang Berpotensi Sederhana Untuk Memberi Kesan Negatif Jika Tiada Langkah

Kawalan Dan Pencegahan

i. Pembangunan Perumahan berhampiran Sepang Orchard Resort (163.40 hektar) - BP 1 dan

berhampiran Kelanang Division (631.10 hektar) – BP 2.

Kesan Alam Sekitar

• Pembangunan perumahan berpotensi untuk memberi kesan kepada alam sekitar dari segi

hakisan tanah dan kelodakan semasa peringkat pembinaan manakala di peringkat operasi

aktiviti cadangan pembangunan perumahan seluas 4,905 hektar akan memberi kesan kepada

kualiti air, udara dan peningkatan tahap kebisingan serta jumlah sisa pepejal dan sisa

kumbahan domestik.

• Pelupusan sisa domestik akan menjurus kepada masalah bau busuk dari pereputan bahan

organik dan menggalakkan kehidupan serangga / binatang / vektor pembawa penyakit seperti

tikus, nyamuk dan lalat.

• Pelepasan kumbahan yang berpotensi mencemarkan air sungai dan pesisiran pantai.

• Bunyi bising dari pertambahan bilangan kenderaan.

Langkah-langkah Kawalan

Bagi memastikan kualiti alam sekitar yang sentiasa terpelihara, beberapa langkah-langkah pencegahan

dan pengurangan pencemaran alam sekitar berikut perlu dilaksanakan di peringkat pembangunan dan

operasi projek adalah:

i. Menerapkan konsep ‘zero-waste management’ dengan konsep kitaran dan guna semula.

ii. Menyediakan sistem saliran dan perparitan yang menyeluruh dan efisyen bagi menyalurkan air

larian permukaan.

iii. Mengadakan dan menyelenggarakan kolam mendapan lumpur bagi mencegah hakisan tanah,

kelodakan sungai dan pencemaran air. Disebabkan lokasi adalah di hulu takat pengambilan air,

tahap pelepasan jumlah bahan terampai hendaklah di bawah 50 ppm di samping menyediakan

perangkap sampah di ‘outlet’ sebelum dilepaskan ke alur air berdekatan.

iv. Mengadakan sistem pembetungan dan loji rawatan berpusat yang berfungsi dengan sempurna

dan diselenggara dengan baik. Sebarang pelepasan kumbahan hendaklah mematuhi Piawai A

di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen

Perindustrian), 1979 sebelum dilepaskan ke mana-mana segmen badan air.

v. Perangkap gris perlu disediakan di kawasan-kawasan yang terdapatnya kedai-kedai makan,

restoran dan kawasan perbengkelan.

vi. Penyediaan landskap dan rumput / tumbuhan penutup bumi di kawasan-kawasan bercerun bagi

mengurangkan kadar air larian permukaan dan menstabilkan tanah.

vii. Penyediaan tong-tong sampah bertutup dan kemudahan awam seperti tandas awam yang

mencukupi di lokasi yang strategik.

Pembangunan perumahan adalah merupakan salah satu dari 19 jenis aktiviti yang tertakluk kepada

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)

1987 di mana Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) perlu disediakan dan mendapat

kelulusan dari Ketua Pengarah JAS sebelum sebarang pemajuan dijalankan terhadap projek-projek

yang melibatkan pembangunan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

ii.

Aktiviti Perdagangan

• Medan selera di Morib (8.72 hektar), di Kanchong Laut (8.72 hektar), di Batu Laut (2.76

hektar) dan berhampiran jeti Sg. Kundang

• Plaza Produk Desa di Kg. Endah (23.78 hektar) dan Batu Laut (3.25 hektar)

Kesan Alam Sekitar

• Pelupusan sampah / sisa pepejal dan cecair dari operasi pergeraian di mana pelupusan sisa

pepejal yang tidak teratur akan menjurus kepada masalah bau busuk dari pereputan bahan

organik dan menggalakkan kehidupan serangga / binatang / vektor pembawa penyakit seperti

tikus, nyamuk dan lalat.

• Air cucian dari dapur (sullage) jika tidak diolah / dirawat akan meninggikan kadar minyak dan

gris dalam air sungai dan pesisiran pantai yang berdekatan. Peninggian kepekatan minyak dan

gris boleh mengganggu kehidupan akuatik dan marin.

• Pertambahan bunyi bising dari pelanggan yang boleh mengganggu persekitaran.

Penilaian Strategik Alam Sekitar (SEA) 5-15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!