13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

3.3.11 Cadangan Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Kos Pelaksanaan : RM 209,300.00

Blok Perancangan

: Semua blok perancangan

Fasa Pelaksanaan

: Fasa pertama

Cadangan Peruntukan Kewangan : Kerajaan Negeri

Kerajaan Persekutuan

Majlis Daerah Kuala Langat

Cadangan Pelaksana

: Majlis Daerah Kuala Langat

Pihak swasta

Cadangan bagi sistem maklumat geografi secara keseluruhannya akan melibatkan anggaran kos

sebanyak RM209,300.00 (0.01%). Cadangan pembangunan GIS adalah termasuk pembelian alatan

dan perisian yang diperlukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peralatan yang hanya

diperlukan apabila penggunaan GIS di MDKL semakin berkembang. Peralatan tersebut seperti

komputer, ‘server’, ‘switch / hub’ dan sebagainya (Jadual 3.1 dan 3.2).

Projek-projek yang telah dikenalpasti ini merupakan antara projek-projek yang berpotensi untuk menarik

pelabur dan menjana ekonomi di kawasan rancangan tempatan. Projek ini juga perlu diberi perhatian

khusus dalam memantapkan lagi potensi-potensi pembangunan di kawasan rancangan tempatan.

Perancangan dan pengurusan dari segi pelaksanaan projek-projek tersebut perlu dititikberatkan bagi

memastikan setiap pembangunan dapat dijalankan dengan jayanya. PBT dan pihak MDKL khususnya

perlu memainkan peranan sebagai penyelaras untuk memastikan segala perancangan yang ditetapkan

akan dipatuhi dan dilaksanakan mengikut fasa pelaksanaan.

Penerapan konsep penswastaan dilihat sebagai satu kaedah yang efektif dalam memastikan kejayaan

dan keberkesanan pelaksanaan projek-projek yang dicadangkan. Konsep tersebut adalah suatu proses

pemindahan kepentingan atau pelaburan atau hak milik kerajaan yang tertentu kepada pihak swasta.

Sebagai contoh, sektor swasta diberi hak untuk memajukan tanah yang dimiliki oleh MDKL dan akan

dijadikan ‘modal’ di dalam projek yang dicadangkan. Pulangan kepada MDKL adalah melalui

pembahagian keuntungan dalam bentuk:

i. Tunai

ii. Pembahagian hartanah yang dimajukan

iii. Pemberian hartanah di tempat selain daripada tapak yang dimajukan secara usahasama

Penswastaan aset atau entiti kerajaan boleh diuruskan melalui salah satu daripada cara berikut:

i. Tukar ganti (land swap)

ii. Bina-pajak-pindahmilik / kendali-pajak-pindahmilik

iii. Penjualan aset / ekuiti

iv. Penswastaan melalui penyenaraian

v. Bina-Kendali-Pindah (BKP)

vi. Bina-Kendali (BK)

vii. Kontrak Pengurusan

viii. ‘Management Buy Out’

ix. Gabungan (i) –(vii)

Pelaksanaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) di MDKL perlu disokong dengan kemudahan perisian dan perkakasan yang

mencukupi selain daripada kesediaan kakitangan yang mahir.

Bagi memastikan keberkesanan aplikasi sistem ini di dalam pentadbiran MDKL, keperluan terhadap

latihan asas dan prinsip GIS, latihan perisian serta penyelenggaraan terhadap kakitangan Majlis perlu

dipertingkatkan bagi memastikan produktiviti perkhidmatan dan mutu kerja berada di tahap terbaik.

Penggunaan GIS di dalam pentadbiran MDKL akan dapat membantu pihak Majlis dalam

mempercepatkan proses permohonan dan perancangan dijalankan khususnya untuk permohonan

kebenaran merancang. Di samping itu, penggunaan GIS ini dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam

mengurus dan melaksanakan segala program dan projek yang telah dirancang.

3.4 CADANGAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK PEMANGKIN PEMBANGUNAN DI KAWASAN

RANCANGAN TEMPATAN

Rancangan tempatan ini telah mengenalpasti beberapa cadangan projek yang mempunyai kepentingan

dan keupayaan untuk menjadi pemangkin awal pembangunan di kawasan rancangan tempatan. Projekprojek

yang telah dikenalpasti tersebut boleh menjana pelbagai peluang ekonomi kepada penduduk

tempatan. Sebanyak 10 projek telah dikenalpasti dan dihuraikan mengenai pengurusan serta kaedah

pelaksanaan yang akan dijalankan kelak. Selain itu, pihak-pihak pelaksana serta sumber peruntukan

kewangan juga disyorkan untuk memastikan segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar

(Jadual 3.5).

Melalui penswastaan, ia akan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan

perdagangan. Bagi menyokong kepada program galakan ini, penekanan telah diberi kepada

peningkatan keupayaan untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi merangsang

perkhidmatan industri dan kemudahan sokongan. Pada dasarnya, pelaksanaan konsep ini adalah

daripada pihak kerajaan. Pihak kerajaan memberi sokongan kepada projek yang mempunyai implikasi

sosial dan perbelanjaan modal yang besar. Ini bertujuan untuk mengurangkan tarif dan caj lain kepada

pengguna. Manakala entiti yang telah dikorporatkan dan berjaya secara komersil akan disenaraikan di

Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bagi memastikan orang awam mempunyai peluang penyertaan

yang saksama.

Penerangan setiap cadangan projek meliputi beberapa perkara iaitu:

i. Jenis projek

ii. Anggaran kos pelaksanaan

iii. Blok perancangan

iv. Fasa pelaksanaan

v. Cadangan peruntukan kewangan

vi. Cadangan pelaksana

vii. Cadangan kaedah pelaksanaan

Pengurusan dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan 3-17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!