13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 5

Manakala di peringkat operasi, komponen audit yang diperlukan adalah dari segi pengurusan bahan

buangan dan kawalan kualiti air, udara dan bunyi bising di bawah pengawasan Unit Pengurusan Alam

Sekitar.

Pihak kontraktor perlu menyediakan dan mengemukakan laporan audit tiga bulan sekali kepada Unit

Pengawasan Alam Sekitar di bawah pemaju projek. Berdasarkan kepada laporan audit tersebut, Unit

Pengawasan Alam Sekitar boleh menjalankan audit pematuhan (compliance audit) terhadap tapak yang

dibangunkan secara berasingan.

iii.

Program Pengawasan Bagi Tahap Bunyi

Pengukuran tahap bunyi bising perlu dijalankan di sempadan tapak, terutama di sempadan projek yang

berhampiran dengan penerima alam sekitar sensitif.

Program pengawasan perlu dijalankan setiap sebulan sekali dari tarikh mula kerja-kerja tanah dan

setiap tiga bulan sekali di peringkat projek beroperasi oleh pihak kontraktor yang telah dilantik oleh

pemaju projek.

5.4.4 Program Pengawasan

Satu program pengawasan yang dirancang dengan teliti perlu dilaksanakan untuk mendirikan data

kualiti alam sekitar semasa supaya sebarang perubahan kepada kualiti alam sekitar akibat kerja-kerja

pembinaan dalam tapak boleh dikesan. Secara umum, perkara-perkara berikut perlu diambilkira di

dalam program pengawasan bagi projek-projek yang dicadangkan adalah:

• Pengawasan pelepasan daripada perangkap mendap sebelum memasuki sistem perparitan

sementara ‘off-site’.

• Pengawasan kualiti air bagi semua punca air larian permukaan di hulu daripada tapak projek

sebelum memasuki tapak dan di hilir daripada tapak sebelum memasuki sistem perparitan lain.

• Pengawasan kualiti udara di kawasan penerima sensitif.

• Pengawasan kualiti bunyi bising di lokasi kawasan penerima sensitif.

i. Program Pengawasan Kualiti Air

Pengawasan kualiti air perlu dilaksanakan di peringkat pembinaan dan operasi projek. Ia dijalankan bagi

memastikan sebarang perubahan kualiti air dapat dikenalpasti dan seterusnya langkah-langkah tebatan

dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Program pengawasan perlu dijalankan oleh pihak kontraktor setiap sebulan sekali di peringkat

pembinaan bermula dari tarikh mula kerja-kerja tanah dan setiap tiga bulan sekali di peringkat projek

beroperasi. Lokasi yang dicadangkan adalah bergantung kepada perincian projek yang akan

dibangunkan.

Bagi projek-projek yang spesifik, lokasi pengawasan kualiti air perlu diadakan di hulu dan di hilir

kawasan projek serta di lokasi di mana perangkap lumpur (silt trap) dilepaskan.

ii.

Program Pengawasan Kualiti Udara

Pengawasan kualiti udara perlu dilakukan sebulan sekali di peringkat pembinaan projek dari tarikh mula

kerja-kerja tanah dan tiga bulan sekali di peringkat projek beroperasi oleh pihak kontraktor yang telah

dilantik oleh pemaju projek. Parameter yang perlu diawasi adalah PM10, nitrogen oksides (NOx), karbon

monoksida (CO) dan sulfur oksides (SOx) bagi memastikan perubahan kualiti udara dan seterusnya

langkah-langkah penebatan dapat dilakukan.

Program pengawasan perlu dijalankan setiap tiga bulan sebulan sekali mulai dari kerja-kerja tanah.

5.5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pelaksanaan program EMP yang efisyen akan memerlukan kerjasama dari semua pihak yang terlibat

dalam projek yang dicadangkan termasuklah:

• Jabatan Alam Sekitar

• Pemaju projek yang akan dilantik

• PBT dan Bahagian Alam Sekitar dan Kawalselia (Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan

Kesihatan, MDKL)

• Jabatan-jabatan teknikal

• Kontraktor dan sub-kontraktor

5.5.1 Jabatan Alam Sekitar

JAS merupakan badan penguatkuasa undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan isu-isu

alam sekitar sebagaimana peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Bagaimanapun, bagi

memastikan keberkesanan pelaksanaan Akta tersebut, penguatkuasaan dari PBT berkaitan dengan

keperluan Akta 172 dan ‘earthwork by-laws’ di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 adalah

diperlukan. Bagi EMP, JAS bertanggungjawab untuk memastikan segala syarat-syarat, kehendakkehendak

dan peraturan-peraturan telah dipatuhi.

5.5.2 Pihak Berkuasa Tempatan

Bagi mewujudkan satu sistem yang efisyen di dalam pelaksanaan EMP, pengukuhan terhadap peranan

dan fungsi Bahagian Alam Sekitar dan Kawalselia (Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)

di bawah MDKL perlulah diambil tindakan segera. Bahagian ini akan berfungsi dan bertanggungjawab

terhadap segala aktiviti yang berkaitan dengan perancangan dan pengurusan alam sekitar. Di antara

fungsinya adalah:

• Menilai dan meluluskan pelan-pelan pengurusan alam sekitar di peringkat perancangan bagi

memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara semasa peringkat pembinaan dan operasi.

• Sebagai pihak berkuasa tempatan, unit ini bertangggungjawab untuk menjalankan audit

pematuhan (secara mengejut) terhadap tapak projek semasa peringkat pembinaan.

• Menjalankan audit pematuhan (secara mengejut) terhadap projek operator semasa peringkat

projek beroperasi.

• Memastikan ke semua keperluan pematuhan alam sekitar telah dipatuhi melalui

penguatkuasaan perundangan dan peraturan yang berkaitan.

Penilaian Strategik Alam Sekitar (SEA) 5-18

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!