13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

3.7 RUMUSAN

Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa pelaksanaan rancangan tempatan ini memberikan

pelbagai pulangan positif dari segi perkembangan pembangunan di Daerah Kuala Langat dan

pertambahan kewangan bagi MDKL sendiri.

Apabila terlaksananya rancangan tempatan ini, MDKL akan dapat meningkatkan bilangan kakitangan

profesional yang berkualiti di dalam bidang masing-masing. Pertambahan kakitangan yang lebih

berkualiti ini akan membantu dalam usaha untuk meningkatkan taraf dan tahap keberkesanan amalan

proses perancangan dalam kawalan pembangunan. Melalui kawalan pembangunan tersebut,

pertambahan pendapatan Majlis dapat dijanakan daripada hasil cukai taksiran, kutipan pembayaran

lesen, caj pembangunan, bayaran bayaran fee permohonan, sewaan harta kerajaan, bayaran pindaan

dan tambahan ke atas bangunan dan lain-lain bayaran. Peningkatan dalam kadar terhadap bayaranbayaran

tersebut juga akan dapat meningkatkan hasil pendapatan MDKL dari masa ke semasa.

Selain itu, MDKL mampu meningkatkan tahap pengurusan yang lebih cekap melalui pelaksanaan dan

penggunaan teknologi maklumat dengan menjadi ‘one-stop-agency’ melalui aplikasi GIS. Melalui

penggunaan GIS, pihak MDKL akan berupaya mengawal pembangunan dari segi fizikal dan kos

pembiayaan dengan lebih baik dan berkesan. Pihak MDKL juga turut mampu memantau kawasan

pentadbirannya yang semakin bertambah dari segi keluasan serta dapat membuat unjuran peratusan

pendapatan hasil dalam kawasan operasinya secara komprehensif.

MDKL juga boleh mengurangkan kadar pergantungan pendapatan daripada kerajaan negeri dan

persekutuan dengan meningkatkan pendapatan dari lain-lain sumber.

Oleh yang demikian, pelaksanaan rancangan tempatan ini perlu diberikan perhatian yang lebih serius

terutamanya dari segi aspek kawalan perancangan dan pengurusan bagi memastikan segala apa yang

telah dirancang akan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat. Ia akan dapat

meningkatkan hasil pendapatan daerah sekaligus memberi kesan terhadap penyediaan tahap

kemudahan dan keperluan orang awam dengan lebih berkualiti.

Pengurusan dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan 3-39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!