13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

4.3.14 CADANGAN MEWUJUDKAN HOSPITAL (CH)

Selaras dengan keperluan kemudahan hospital di sini, maka cadangannya akan dilaksanakan di

Kanchong Laut dengan keluasan 18.90 hektar. Kemudahan hospital ini amat dialu-alukan oleh

penduduk tempatan seperti mana yang dinyatakan oleh mereka semasa sesi FGD dijalankan.

Ketiadaan kemudahan hospital menyebabkan penduduk di kawasan rancangan tempatan terpaksa

berulang alik ke Bandar Banting bagi mendapatkan kemudahan tersebut. Kedudukan Bandar Banting

adalah jauh khususnya bagi penduduk di sekitar BP 4 (Batu) dan keadaan ini pasti akan menyukarkan

penduduk terutama ketika berlakunya kecemasan.

i. Impak Positif

4.3.15 CADANGAN MEWUJUDKAN PERKUBURAN KAUM CINA DAN INDIA (PC) DI KELANANG

Cadangan untuk mewujudkan perkuburan kaum Cina dan India telah dicadangkan di Kelanang.

Cadangan ini dilihat tidak akan menimbulkan masalah kerana lokasi cadangan telah mengambil kira

kepentingan penduduk tempatan seperti jarak yang jauh daripada penempatan penduduk tempatan.

i. Impak Positif

Memberikan kemudahan asas kepada penduduk Cina dan India selain memenuhi keperluan sosial

mereka.

Setelah dianalisis, didapati bahawa cadangan ini akan memberi impak positif seperti berikut:

ii.

Impak Negatif

• Memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan perkhidmatan

perubatan yang lengkap kerana buat masa ini kawasan rancangan tempatan tidak mempunyai

kemudahan perubatan berskala besar yang serba lengkap.

• Mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan seperti pembantu

perubatan, jururawat terlatih dan lain-lain.

• Meningkatkan nilai hartanah di sekitarnya kerana buat masa ini kawasan sekitar cadangan

pembangunan ini hanyalah merupakan kawasan perkampungan. Dengan adanya cadangan ini,

maka nilai hartanah di sekitarnya akan meningkat dan menjadi tumpuan pembeli-pembeli atau

penyewa yang berminat.

• Tahap kesihatan penduduk akan bertambah baik kerana ia secara tidak langsung akan

mewujudkan kesedaran kepada penduduk tempatan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan

seisi keluarga.

• Kualiti kehidupan penduduk akan meningkat akibat kesedaran yang wujud dari aspek

kebersihan dan kesihatan penduduk. Selain itu, cadangan ini akan melengkapkan kawasan

sekitarnya dengan berbagai-bagai kemudahan seperti aksesibiliti dan kemudahan

pengangkutan awam yang efisyen demi menyokong cadangan ini secara keseluruhannya.

ii.

Impak Negatif

Sementara itu, terdapat juga impak negatif yang dikenalpasti iaitu seperti:

• Perubahan kepada hak milik tanah persendirian. Perubahan ini pasti akan berlaku kerana

cadangan ini akan membabitkan tanah-tanah milik penduduk tempatan. Oleh itu, status

pemilikan tanah akan berubah dan ini merugikan penduduk terbabit dari aspek jangka panjang.

• Perubahan terhadap kehidupan harian dan ‘movement pattern’ penduduk juga berlaku

kerana kawasan ini akan menjadi tumpuan penduduk bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Perubahan yang ketara adalah daripada aspek kesibukan dan kehadiran ramai penduduk.

Lalulintas akan menjadi sesak khususnya di Kanchong Laut dengan kehadiran kenderaan

keluar dan masuk ke sini.

iii.

Saranan Tindakan

PBT perlu menekankan aspek reka bentuk dan sirkulasi dalaman agar ia dipatuhi di dalam

pembinaan kemudahan hospital ini. Faktor lain yang perlu dipatuhi dan ditekankan adalah:

• Pintu masuk utama perlu mudah dilihat, dikenalpasti dan dihubungi oleh orang awam.

• Kemudahan tempat meletak kenderaan perlu disediakan secukupnya.

• Ruang kecemasan untuk membenarkan dan memudahkan ambulans keluar dan masuk.

• Memastikan agar laluan kenderaan di hospital tidak mengganggu laluan pejalan kaki.

• Cadangan ini akan menyebabkan nilai hartanah tempatan akan terjejas. Para pembeli atau

penyewa berkemungkinan akan membatalkan hasrat mereka setelah mengetahui bahawa

cadangan perkuburan ini terdapat berhampiran dengan hartanah yang ingin dibeli atau disewa

oleh mereka.

• Menjejaskan pembangunan persekitaran kerana cadangan perkuburan ini akan

menyebabkan pembangunan persekitarannya akan menjadi perlahan dan minat pelabur untuk

membeli atau menyewa hartanah di sini adalah berkurangan.

iii.

Saranan Tindakan

Garis panduan perancangan umum dan khusus tentang penyediaan perkuburan ini perlu dipatuhi

seperti:

• Garis Panduan Umum

- Perancangan tanah perkuburan perlu mematuhi hirarki penempatan sedia ada.

- Perancangan tapak pula adalah berdasarkan kepada bentuk permukaan bumi, jenis

tanah, jarak daripada kawasan punca air dan kesesuaian untuk ditempatkan

berhampiran dengan rumah ibadat.

• Garis Panduan Khusus

Susunatur tanah perkuburan ini perlu mengambil kira kesesuaian konsep yang akan

digunapakai, keperluan penyediaan kemudahan awam, landskap dan sistem peredaran.

4.3.16 LAIN-LAIN PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

i. Proses Pengambilan Semula Tanah

Didapati hampir kesemua cadangan di dalam rancangan tempatan ini akan membabitkan cadangan di

atas tanah milik penduduk tempatan dan juga tanah rizab Melayu. Terdapat enam cadangan yang

dikodkan sebagai IL, CR, PPD, PG, PK dan DA telah dicadangkan di atas tanah rizab Melayu.

Sementara cadangan-cadangan lain pula telah dicadangkan di atas tanah milik persendirian. Proses

pengambilan semula tanah ini dikhuatiri akan meninggalkan kesan negatif dari aspek status pemilikan

tanah.

Kesan jangka panjang yang tidak dapat dinafikan adalah kerugian kepada penduduk tempatan akibat

kehilangan pemilikan tanah yang telah diwarisi sejak sekian lama. Walaupun cadangan ini amat

dipersetujui oleh penduduk tempatan, namun beberapa perkara seperti yang dinyatakan di bawah ini

perlu diteliti oleh PBT iaitu:

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!