13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 2

2.4 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN MASYARAKAT

Kemudahan masyarakat yang disediakan di dalam rancangan tempatan ini adalah berdasarkan kepada

unit sedia ada, pertambahan penduduk, pembangunan komited dan juga garis panduan penyediaan

kemudahan masyarakat. Antara kemudahan masyarakat yang akan disediakan di dalam rancangan

tempatan ini adalah:

i. Kemudahan pendidikan (tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian

tinggi)

ii. Kemudahan kesihatan (hospital, pusat kesihatan dan klinik desa)

iii. Kemudahan keselamatan (balai polis, balai bomba dan pondok polis)

iv. Kemudahan keagamaan (masjid, surau dan tanah perkuburan)

v. Kemudahan lain-lain (pejabat pos, perpustakaan dan dewan)

Secara dasarnya, penyediaan kemudahan masyarakat ini adalah bagi mengukuhkan lagi fungsi dan

peranan kawasan rancangan tempatan ini sebagai kawasan pelancongan berteraskan rekreasi maritim.

Di samping itu, ia juga merupakan asas dalam menggalakkan pembangunan di kawasan rancangan

tempatan. Penambahan kemudahan masyarakat ini akan ditumpukan di dalam cadangan kawasan

perumahan terancang dan juga kawasan tumpuan pembangunan di masa hadapan. Bagi kawasan

pembangunan baru, keperluan penyediaan kemudahan masyarakat adalah berdasarkan kepada garis

panduan penyediaan kemudahan masyarakat. Ia bagi mewujudkan sebuah kawasan perumahan yang

terancang dan lengkap bagi kemudahan penduduk.

Garis panduan kawalan pembangunan ini disediakan dalam enam peringkat (Jadual 2.4.1) iaitu:

i. Piawaian perancangan

ii. Reka bentuk bangunan

iii. Landskap dan pengindahan

iv. Alam sekitar

v. Kemudahan jalan raya dan laluan pejalan kaki

Bagi pembangunan berskala kecil (tidak melebihi 3 hektar), selain perlu menyediakan kemudahan lot

permainan seluas 0.02 hektar, pihak pemaju juga perlu menyediakan 2 buah surau dengan jumlah

keluasan 0.4 hektar. Keperluan kemudahan ini adalah berdasarkan garis panduan perancangan yang

disediakan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Reka bentuk bangunan sekolah dan institut pengajian tinggi yang sesuai diaplikasikan di kawasan rancangan tempatan.

Kawasan balai raya dan perpustakaan yang disediakan dengan landskap akan mengindahkan dan memberikan satu kualiti visual

yang menarik.

Garis Panduan Kawalan Pembangunan 2.4-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!