13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

3.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

Rajah 3.1: Peratusan Kos Cadangan Projek Mengikut Sektor

3.1 PENGENALAN

Pelaksanaan rancangan tempatan akan lebih berjaya sekiranya pengurusan organisasi adalah kukuh

dan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Peranan MDKL sebagai pihak berkuasa tempatan

(PBT) dilihat sebagai peneraju utama dalam memastikan keberkesanan dasar dan program yang telah

dirancang. Pelaksanaan rancangan tempatan ini perlu kepada penglibatan agensi dan jabatan kerajaan

sama ada di peringkat negeri atau di peringkat persekutuan. Penglibatan dan sokongan padu daripada

pelbagai pihak yang terlibat dalam perancangan, pelaksanaan dan kawalan pembangunan serta

kerjasama terutamanya pihak swasta dan orang awam sangat penting dalam melaksanakan sesebuah

projek.

3.2 CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

Pengangkutan

dan Pengurusan

Lalulintas

3.90%

Landskap dan

Rekreasi

0.66%

Infrastruktur dan

Utiliti

70.95%

Lain-lain'

2.55%

Perumahan

6.37%

Kemudahan

Masyarakat dan

Institusi

14.30%

Pusat Bandar

dan Reka Bentuk

Bandar

1.27%

3.2.1 Jenis Projek, Fasa dan Kos Pembangunan

Projek-projek pembangunan yang dicadang bagi rancangan tempatan ini adalah seperti Jadual 3.1 dan

Rajah 3.1. Jadual ini juga menjelaskan mengenai bilangan projek dan kos projek keseluruhan bagi

rancangan tempatan ini.

Jadual 3.1: Senarai Cadangan Projek RT Morib - Tg. Sepat (2002-2020)

Bil. Jenis Pembangunan Bil. Projek Kos Projek (RM) %

i. Perumahan * 140,560,000.00 6.37

ii. Perdagangan 13 3,415,000.00 0.15

iii. Perindustrian 2 4,500,000.00 0.20

iv. Pelancongan 19 7,360,000.00 0.33

v. Kemudahan Masyarakat dan Institusi 36 315,252,475.00 14.30

vi. Pusat Bandar dan Reka Bentuk Bandar 28 28,055,886.00 1.27

vii. Pertanian 3 40,644,574.00 1.84

viii. Infrastruktur dan Utiliti 34 1,564,636,500.00 70.95

ix. Pengangkutan dan Lalu lintas 22 86,047,665.00 3.90

x. Landskap dan Rekreasi 31 14,476,300.00 0.66

xi. Pembangunan GIS 1 209,300.00 0.01

Jumlah Keseluruhan 189 2,205,157,700.00 100.00

Nota: * Merangkumi bilangan unit rumah sebanyak 1,413 unit (30% kos rendah – 424 unit, 60% kos sederhana – 848 dan 10%

kos tinggi – 141 unit).

Nota: ‘Lain-lain’ merupakan gabungan projek bagi sektor perdagangan (0.15%), perindustrian (0.20%), pelancongan (0.33%),

pertanian (1.84%) dan pembangunan GIS (0.01%) yang setelah dijumlahkan adalah sebanyak 2.55% daripada keseluruhan projek

yang akan dijalankan di dalam rancangan tempatan ini.

Cadangan infrastruktur dan utiliti mempunyai bilangan dan jumlah kos projek tertinggi (34 projek)

berbanding lain-lain cadangan dengan anggaran kos sebanyak RM1,564,636,500.00 (70.95%). Ini

disebabkan oleh pembangunan baru bagi perumahan, perdagangan, pelancongan dan perindustrian

yang memerlukan penyediaan rangkaian jalan raya dan pengangkutan yang menyeluruh serta efektif.

Manakala cadangan pembangunan kemudahan masyarakat dan institusi melibatkan anggaran kos

kedua tertinggi sebanyak RM315,252,475.00 (14.30%) dan diikuti oleh cadangan perumahan sebanyak

RM140,560,000.00 (6.37%). Bagi pembangunan sistem maklumat geografi (GIS), anggaran kos yang

dicadangkan sebanyak RM209,300.00 (0.01%) dan ianya merupakan kos yang terkecil bagi

pelaksanaan rancangan tempatan ini. Cadangan pembangunan sistem ini bertujuan untuk menaiktaraf

peranan dan kemampuan MDKL serta menggalakkan penggunaan sistem teknologi maklumat terkini

oleh kakitangan Majlis. Selain itu, melalui sistem GIS juga, penyelarasan tugas dan pemantauan projek

pembangunan serta kawalan perancangan dapat diselaraskan untuk setiap pihak atau jabatan-jabatan

teknikal lain yang terlibat (Jadual 3.2).

Pengurusan dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan 3-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!