13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

4.3.9 CADANGAN MEMBINA KAWASAN PERDAGANGAN (PG)

Menyedari kepentingan untuk mewujudkan kawasan khusus perdagangan di kawasan rancangan

tempatan, maka lokasi-lokasi strategik yang telah dipilih iaitu di Pantai Morib, Pekan Kelanang,

bersebelahan Taman Damai, Tg. Dua Belas, Tg. Sepat, berhampiran Taman Mutiara dan Batu Laut.

i. Impak Positif

Cadangan ini akan memberikan beberapa impak positif seperti berikut:

• Membantu membangunkan ekonomi kawasan terbabit. Kawasan ini akan bertambah maju

dan menjadi tumpuan penduduk bagi mendapatkan barang keperluan harian serta pelbagai

bentuk perkhidmatan di sini.

• Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

• Meningkatkan nilai hartanah kawasan terbabit dan persekitarannya.

• Kawasan-kawasan terbabit akan terus membangun dan menjadi tumpuan pembangunan di

masa hadapan. Berbagai-bagai bentuk perniagaan dan perkhidmatan akan bertapak di sini bagi

memenuhi keperluan dan kehendak penduduk tempatan.

ii.

Impak Negatif

Cadangan ini dijangka akan turut menghasilkan impak negatif seperti berikut:

• Perubahan kepada hak milik tanah akan berlaku. Didapati bahawa pembangunan ini telah

dicadangkan di atas tanah milik penduduk tempatan yang sebahagiannya di atas tanah rizab

Melayu. Tanah rizab Melayu hanya boleh bertukar milik kepada tetuan Melayu sahaja dan ini

akan menyukarkan proses pindah milik atau menghadkan pemilikan premis perniagaan. Status

TRM juga akan mengakibatkan nilai pengambilan tanah yang lebih rendah bagi pemilik tanah

tempatan.

• Perubahan terhadap kehidupan harian dan ‘movement pattern’ penduduk sedia ada juga

akan berlaku kerana kawasan terbabit akan dibangunkan sebagai kawasan perdagangan.

Kawasan terbabit akan menjadi sibuk dengan kehadiran orang ramai yang ingin mendapatkan

berbagai-bagai barangan keperluan dan perkhidmatan.

• Gejala sosial dan jenayah dijangka akan meningkat. Pembangunan kawasan perdagangan

khusus ini akan menggalakkan berbagai-bagai aspek perniagaan dijalankan dan menjadi

kawasan tumpuan pembangunan serta penduduk. Oleh itu, gejala sosial dan jenayah pasti

berlaku dan kadarnya akan meningkat berbanding sebelumnya.

iii.

Saranan Tindakan

Bagi menangani masalah sosial yang dijangka akan berlaku, disarankan agar PBT membuat

pemantauan ke atas premis perniagaan khususnya yang berkaitan dengan perniagaan berbentuk

hiburan seperti kafe siber, pusat snuker, pusat hiburan dan lain-lain. Ini untuk mengelakkan golongan

remaja dan pelajar dari mengunjungi dan menyalahgunakan kewujudan premis perniagaan terbabit

dengan berbagai-bagai kegiatan. Pemilik premis perniagaan tersebut perlu mematuhi peraturan yang

ditetapkan seperti waktu perniagaan dan had golongan pengunjung agar masa perniagaan tidak

mengganggu ketenteraman awam di samping menyekat golongan pelajar daripada berpeleseran.

4.3.10 CADANGAN MEMBINA KAWASAN PERINDUSTRIAN (PI)

Cadangan ini juga pada asasnya adalah merupakan satu cadangan yang positif dan sangat dialualukan

oleh kesemua wakil-wakil penduduk yang hadir semasa sesi FGD diadakan. Ia berkaitan dengan

cadangan pembangunan kawasan industri di Kelanang dan Batu Laut.

Pembangunan kawasan perindustrian ini secara tidak langsung akan memberi peluang pekerjaan baru

kepada penduduk tempatan khususnya golongan muda. Peluang pekerjaan baru ini akan

menggalakkan golongan muda untuk terus menetap di kawasan rancangan tempatan tanpa perlu

bekerja di luar daerah.

i. Impak Positif

Di antara impak positif yang bakal dikecapi oleh penduduk tempatan menerusi pelaksanaan cadangan

ini ialah:

• Peluang pekerjaan baru akan wujud. Dengan adanya kawasan perindustrian ini maka

peluang pekerjaan baru di kilang-kilang dapat ditawarkan kepada penduduk tempatan

khususnya kepada golongan belia, Orang Asli, suri rumah dan juga golongan nelayan

tempatan.

• Kemudahan asas / utiliti / ameniti akan bertambah baik di kawasan terbabit kerana adanya

cadangan ini.

• Struktur kependudukan akan meningkat menerusi migrasi masuk penduduk. Perkara ini tidak

dapat dielakkan kerana peluang-peluang pekerjaan yang wujud akan menarik perhatian

penduduk berhampiran untuk mengisi peluang-peluang yang ada.

• Nilai hartanah tempatan akan meningkat dengan mendadak dan menguntungkan penduduk

tempatan.

• Perkampungan berhampiran akan mengalami perubahan pembangunan dan persekitaran

yang ketara. Cadangan ini akan menyebabkan keadaan persekitaran akan berubah dari aspek

perubahan fizikal seperti kewujudan kilang-kilang dan gerai-gerai makan secara mendadak.

ii.

Impak Negatif

• Kemasukan pekerja asing akan memberi kesan kepada penduduk tempatan khususnya dari

aspek persaingan peluang pekerjaan dan budaya mereka. Golongan pekerja ini sering kali

berkelakuan tidak sopan seperti pergaulan bebas yang dikhuatiri akan menjadi contoh yang

tidak baik kepada remaja tempatan.

• Struktur dan peluang pekerjaan baru juga akan berubah di mana penduduk tempatan

ditawarkan peluang pekerjaan di sektor perkilangan yang memerlukan pengetahuan teknikal

dan skil bekerja.

• Perubahan kepada hak milik tanah juga akan berlaku di mana cadangan ini telah dirancang di

atas tanah milik penduduk tempatan. Cadangan ini akan mengakibatkan penduduk terbabit

menjual tanah yang menjadi milik mereka selama ini.

• Masalah sosial dan jenayah akan meningkat khususnya di kawasan kediaman para pekerja

kilang dan juga perkampungan berhampirannya. Masalah sosial dan jenayah di kalangan

pekerja kilang adalah sinonim kerana pendapatan yang rendah dan juga latar belakang

pendidikan mereka yang rendah.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!