12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Garis Panduan Perancangan

Perancangan tapak pencawang elektrik bukan semata-mata untuk

memenuhi keperluan utiliti sahaja, tetapi ia perlu memberi penekanan

khusus dalam aspek keselamatan. Di samping itu, semua pelan

susunatur hendaklah mengambilkira tapak pencawang yang

diperindahkan dari segi aspek rekabentuk bangunan dan meminimakan

kacauganggu dari segi bunyi bising, gegaran dan pemandangan serta

kesesuaian persekitarannya. Oleh yang demikian, garis panduan ini

disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa

tempatan, Tenaga Nasional Berhad dan pemaju dalam merancang tapak

pencawang elektrik di sesuatu kawasan pembangunan. Garis panduan

yang disediakan adalah merangkumi aspek-aspek: pemilihan lokasi tapak

yang sesuai, saiz dan fungsi pencawang elektrik, keperluan anjakan

pencawang elektrik, rekabentuknya, had ketinggian bangunan, jalan

masuk, sistem perparitan, lanskap, kawasan tadahannya, dan pembinaan

pencawang elektrik di kawasan berbukit, cerun dan curam.

Pencawang elektrik adalah merupakan stesen penyaluran dan

pengagihan elektrik yang dilengkapkan dengan papan suis utama bagi

sesuatu kawasan mengikut skala. Pencawang elektrik boleh dibahagikan

kepada beberapa jenis iaitu pencawang masuk utama, pencawang

pembahagian utama, pencawang elektrik dan stesen suis utama.

9.12.1 PIAWAIAN SEDIA ADA

i. Berdasarkan kepada peruntukan keluasan kawasan berdasarkan saiz

dan fungsi pencawang yang diperlukan serta tertakluk kepada

persetujuan Tenaga Nasional Berhad.

ii. Kriteria garis panduan bekalan elektrik hanya mengambilkira faktorfaktor:

• Punca dan keupayaan bekalan elektrik serta keperluan

penyediaan ‘sub-station’ bagi zon-zon perancangan tertentu

(termasuk bilangan dan saiznya);

9-12-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!