12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan bandar dan Desa

Di antara usaha-usaha perancangan yang telah dilaksanakan

ialah pengecilan jajaran dan rupa bentuk jalan-jalan di kawasan

kediaman yang meminimumkan penggunaan kenderaan bermotor.

KEAMANAN DAN KESELAMATAN

Nilai keamanan dan keselamatan akan melahirkan beberapa

prinsip seperti berikut :

a. Perancangan mestilah menghindarkan unsur-unsur yang

mendatangkan ancaman, kerosakan atau bahaya kepada sesuatu

kawasan supaya petempatan manusia lebih selamat, sihat, "more

liveable", saksama, berketerusan dan lebih produktif;

b. Mewujudkan keperluan infrastruktur dan keperluan manusia yang

tersusun, selesa dan selamat;

c. Perancangan, rekabentuk dan alam persekitaran hendaklah

berasaskan ciri-ciri elemen pencegahan jenayah; dan

d. Semua aktiviti yang mengakibatkan pencemaran seperti bau yang

tidak menyenangkan dan bunyi bising tidak sepatutnya diletakkan

bersebelahan atau berhampiran masjid atau tempat-tempat

penyembahan yang lain serta di kawasan kediaman.

Keamanan dan keselamatan merupakan di antara perkara utama

yang perlu diwujudkan dalam sesuatu petempatan, bandar ataupun

dalam aktiviti P&P yang dilaksanakan. Ibn Khaldun (1332 - 1406) dalam

kitabnya "Mukadimah" mengatakan″:

“Tujuan mendirikan bandar ialah supaya dijadikan kawasan

penempatan dan tempat berlindung. Dengan demikian adalah wajar ini

diambil perhatian supaya segala benda yang merbahaya dijauhkan

daripada bandar dengan cara menjaganya daripada segala yang boleh

mencelakan serta memasukkan segala sesuatu yang bermanfaat, dan

menyediakan segala kemudahan sesuai dengan kehidupan di bandar.

9-23-17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!