12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan bandar dan Desa

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA

Hubungan Manusia dengan Manusia membawa pengertian

bahawa fokus setiap usaha pembangunan adalah pembangunan insan

dan pembangunan masyarakat. Citarasa manusia sememangnya sentiasa

berubah mengikut peredaran zaman dan perancangan yang berkesan

memberi perhatian kepada keperluan memenuhi pelbagai citarasa setiap

anggota masyarakat. Namun demikian, manusia tidak mampu hidup

bersendirian dan erti kehidupan itu adalah kesempurnaan hidup

bermasyarakat. Oleh yang demikian, perancangan dan pembangunan

bandar harus mampu mewujudkan persekitaran kehidupan

bermasyarakat yang serba lengkap, memupuk semangat kejiranan dan

kekeluargaan serta menggalakkan interaksi di kalangan pelbagai lapisan

masyarakat. Umpamanya, pewujudan kelompok-kelompok komuniti dan

unit-unit kejiranan yang serba lengkap serta saling berinteraksi adalah

selaras dengan konsep Masyarakat Penyayang. Usaha seumpama ini

akan memastikan persekitaran kehidupan dapat berfungsi dengan

sempurna menerusi pergerakan harian penduduk yang berkesan serta

penuh makna.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar adalah merupakan satu

manifestasi di mana manusia sebagai Pentadbir di muka bumi

dipertanggungjawabkan untuk mengolah serta memakmurkan bumi.

Manusia mempunyai peranan sebagai pembina, pengindah dan

penyelamat alam sekitar dan bukan melakukan kerosakan, kemusnahan

serta memporak-perandakannya.

Sejarah juga telah membuktikan telah banyak berlaku kerosakan

dan bala bencana akibat tindakan manusia sendiri. Kerosakan dan

kemerosotan mutu alam sekitar yang berterusan bukan sahaja

9-23-7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!