12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan bandar dan Desa

Tindakan P&P yang mendatangkan bahaya atau merugikan pihak

mestilah dielakkan atau dihalang. Bagaimanapun mana-mana tindakan

yang akan mendatangkan kemudaratan kepada phak lain tetapi

menguntungkan pihak awam dan terpaksa dilaksanakan adalah

dikecualikan dari nilai ini. Aspek saling bergantungan (interdependence)

di kalangan ahli masyarakat khususnya di antara jiran tetangga mestilah

dihormati dan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk mencapai

keadaan keseimbangan seperti yang dihasratkan.

KERJASAMA, PRIHATIN DAN HORMAT MENGHORMATI

Nilai kerjasama, prihatin dan hormat menghormati akan

melahirkan prinsip seperti berikut:

a. Program dan aktiviti kemasyarakatan perlu dilaksanakan untuk

mewujudkan masyarakat penyayang, bersatu padu dan berusaha

kearah pencapaian matlamat dan idealisme bersama; dan

b. Pertimbangan seharusnya adalah perlu kepada golongan

berpendapatan rendah (terutamanya penyediaan perumahan kos

rendah yang mencukupi dan selesa) termasuk golongan cacat dan

kurang upaya, golongan tua dan kanak-kanak di dalam merancang

kawasan perumahan, bangunan-bangunan awam, (people-friendly

building) pusat pemiagaan, sistem pengangkutan dan kawasankawasan

rekreasi.

PERUNDINGAN

Nilai perundingan akan melahirkan beberapa prinsip seperti

berikut:

a. Semua pihak yang terlibat dalam alam bina dan aktiviti P&P

mestilah mempunyai kepekaan kepada aspirasi, kehendak dan

cadangan serta penyertaan daripada orang ramai di dalam

perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek; dan

9-23-19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!