12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Garis Panduan Perancangan

Kemudahan perumahan (accommodation facilities) adalah satu

keperluan asas kepada penduduk sesuatu kawasan khususnya kepada

pekerja kilang. Sejak kebelakangan ini, isu perumahan pekerja kilang

semakin ketara akibat dari pertambahan bilangan pekerja-pekerja.

Pertambahan ini telah menimbulkan beberapa masalah sosial di kalangan

masyarakat. Menyedari hakikat ini, Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa telah menyediakan satu garis panduan yang merangkumi pelbagai

aspek perancangan seperti konsep perumahan, saiz serta keperluan

sokongannya berasaskan prinsip perancangan dan pembangunan sejagat

ke arah pembentukan Masyarakat Madani. Garis panduan ini disediakan

bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa perancang

tempatan dalam meluluskan permohonan pembangunan industri dari

aspek perancangan perumahan pekerja kilang. Garis panduan ini

dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu:

i. Saiz minima kawasan industri untuk disyaratkan perumahan

pekerja kilang;

ii. Piawaian Perancangan perumahan pekerja kilang dan

kemudahan asasnya; dan

iii. Pelan susunatur untuk perumahan pekerja kilang.

Perumahan pekerja kilang adalah merupakan kemudahan tempattempat

kediaman yang disediakan khas untuk menempatkan pekerjapekerja

kilang dan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang

disediakan oleh pihak tuan kilang.

9-16-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!