12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan bandar dan Desa

Perancangan dan Pembangunan (P&P) haruslah berpandukan

kepada prinsip-prinsip yang berasaskan nilai-nilai murni sejagat.

Matlamat pembangunan sebenar hanya akan tercapai sekiranya manusia

memiliki sifat-sifat terpuji menerusi penghayatan nilai-nilai murni

tersebut. Ini adalah kerana pembangunan yang ingin diwujudkan ialah

"pembangunan seimbang di antara fizikal (kebendaan dan luaran),

kerohanian (dalaman) dan nilai-nilai murni manusia". Pembangunan

bukan sahaja bermaksud perubahan (dari segi sosio-ekonomi dan

peningkatan teknologi) dan pertumbuhan kuantitatif (pembangunan

fizikal dan alam sekitar) tetapi juga melibatkan aspek kualitatif dari segi

dalaman manusia iaitu kerohanian, moral dan etika individu serta

masyarakat. Ini selaras dengan Falsafah Doktrin Perancangan dan

Pembangunan Sejagat yang bersifat menyeluruh, manusia sebagai fokus

pembangunan, aktiviti pelbagai dimensi, perubahan kuantitatif dan

kualitatif serta penggunaan dan pengagihan sumber dengan saksama.

Konsep pembangunan yang berasaskan nilai-nilai murni sejagat

perlu dijadikan landasan dalam membentuk prinsip, strategi dan model

perancangan dan pembangunan bandaraya dan kawasan petempatan

pada masa akan datang. Tujuan laporan Garis Panduan Perancangan

dan Pembangunan Sejagat (GPPS) ini ialah seperti berikut:

Menyediakan garis panduan perancangan fizikal dengan

menerapkan prinsip-prinsip Perancangan dan

Pembangunan Sejagat; Membantu pihak berkuasa

tempatan, Pihak Berkuasa Negeri dan pemaju serta pihakpihak

lain yang terlibat di dalam proses perancangan dan

pembangunan bandar dan desa; dan Sebagai panduan

kepada penyediaan Pelan-pelan Pembangunan dan semua

garis panduan perancangan.

9-23-5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!