12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan bandar dan Desa

Kemudahan masyarakat merupakan salah satu elemen penting di

dalam proses perancangan dan pembangunan negara. Penyediaan

kemudahan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti adalah perlu

kerana ianya bukan sahaja menggambarkan perubahan permintaan

tetapi juga sebagai petunjuk pembangunan dan taraf hidup sesuatu

masyarakat. Oleh itu penyediaan kemudahan dan perkhidmatan

masyarakat tidak harus dianggap ringan kerana penyediaan yang kurang

memuaskan boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat secara

keseluruhannya. Di samping itu, penyediaan dan penawaran yang

memuaskan bukan sahaja dikira dari segi bilangannya berasaskan

jumlah penduduk tetapi juga dari segi tapak, taburan yang seimbang dan

kualiti perkhidmatan serta kesesuaiannya dengan masyarakat setempat.

Ini akan dapat memastikan setiap lapisan masyarakat boleh menikmati

kemudahan yang disediakan.

Maka, garis panduan ini disediakan bertujuan untuk membantu

Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan, dan agensi-agensi

pelaksana menyediakan kemudahan masyarakat yang cukup dalam

merancang sesuatu kawasan pembangunan. Garis panduan Perancangan

Kemudahan Masyarakat ini merangkumi kemudahan berikut:

kemudahan kesihatan, kemudahan pendidikan, kemudahan pos,

kemudahan polis, kemudahan perkhidmatan bomba dan penyelamat,

dewan orang ramai dan perpustakaan.

9.20.1 KEMUDAHAN KESIHATAN

Kemudahan kesihatan merangkumi Hospital, Klinik Kesihatan

dan Klinik Desa. Kemudahan ini disediakan mengikut hierarki di

peringkat negeri, daerah dan tempatan.

9-20-3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!