12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Garis Panduan Perancangan

Demi mencegah kejadian kontraktor-kontraktor jalan yang

merosakkan kemudahan-kemudahan utiliti di dalam rezab jalan, dan

memudahkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan

utiliti, satu sistem perancangan yang bersepadu dalam menentukan

laluan-laluan yang penting untuk menempatkan kemudahan-kemudahan

utiliti adalah diperlukan. Oleh itu, garis panduan ini disediakan bagi

membantu pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kerja Raya, Syarikat

Telekom, pemaju dan pihak-pihak lain yang berkaitan dalam

menentukan rezab-rezab, rangkaian dan reka bentuk bagi laluan

kemudahan utiliti untuk kabel elektrik, telekom, paip-paip air, gas,

laluan perparitan, saliran, pembetungan dan penempatan talian lampu

awam, pondok-pondok telefon dan sebagainya bagi kawasan

pembangunan baru. Perlaksanaan ‘service protocol’ ini akan melibatkan

kos penguatkuasaan yang tinggi bagi pemaju pembangunan. Oleh

demikian, suatu skim pembiayaan infrastruktur perlu difokuskan

sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Laluan Kemudahan Utiliti (service protocol) bermaksud ruang

untuk laluan kemudahan utiliti seperti kabel elektrik, telekom, paip-paip

air, gas, laluan perparitan, saliran, pembentungan dan petempatan bagi

talian lampu awam, pondok-pondok telefon dan sebagainya. Ruang ini

tidak termasuk ruang-ruang untuk lain-lain aktiviti seperti jaluran

landskap, laluan siarkaki, laluan motorsikal dan laluan berturap

(carriage way) untuk kenderaan. Laluan-laluan ini terletak selari antara

satu dengan lain.

9-21-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!