12.02.2015 Views

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

BAB 9 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Garis Panduan Perancangan

Penyediaan kolam takungan air adalah merupakan satu daripada

langkah kejuteraan bagi mengawal masalah banjir khususnya di

kawasan perbandaran. Ini adalah kerana didapati kadar air larian

(surface run off) adalah lebih tinggi di sesuatu pembangunan berbanding

dengan kawasan yang belum dibangunkan. Maka, rasional mengadakan

kolam takungan ialah untuk menahan air bagi beberapa jam supaya

saliran perparitan dan sungai sempat mengalir keluar ke lautan tanpa

mengakibatnya berlakunya banjir.

Dengan ini garis panduan ini telah disediakan untuk membantu

Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa peracangan tempatan dalam

mengawal penyediaan kolam takungan sebagai sebahagian tanah lapang.

Garis panduan umum yang disediakan merangkumi luas kawasan

maksima yang dibenarkan, peratusan tanah lapang yang perlu

disediakan, saiz minima tanah lapang, faktor-faktor perletakan kolam

takungan, dan sebagainya. Di samping itu, garis panduan khusus juga

disediakan merangkumi aktiviti-aktiviti yang sesuai, rezab untuk tujuan

landskap, reka bentuk, pengekalan keadaan topografi asal, pengawalan,

pengekalan pokok sediada dan sebagainya. Di bawah merupakan

penerangan ke atas terminologi yang dipakai:

Kolam

Takungan

(Detention

pond):

Sebuah kolam yang digunakan untuk menahan air, bagi

beberapa jam supaya saliran perparitan dan sungai

sempat mengalirkan air larian (surface run-off) ke

lautan.

Tanah

Lapang:

Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

(Pindaan 1995) ditakrifkan sebagai “mana-mana tanah

samada dikepong atau tidak yang dikhaskan atau

direzabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau

sebahagiannya sebagai sesuatu taman bunga awam,

tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam

atau sebagai sesuatu tempat awam.

9-07-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!