25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

88

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Transformasi Pengundi

Menjelang PRU-14

Perbincangan meja bulat (RTD) “Transformasi Pengundi Menjelang

PRU-14” telah diadakan pada 23 Jun 2016 (Khamis) bertempat di

Bilik Mesyuarat Ibnu Qayyim, Majlis Profesor Negara. Seramai 17

peserta terdiri daripada kalangan ahli akademik, penganalisis politik,

agensi kerajaan dan organisasi

pemikir (think tanks) menghadiri

perbincangan meja bulat ini.

23 Jun 2016| MPN

Objektif utama RTD ini ialah

untuk mengenal pasti bagaimana

sikap pengundi terhadap BN dan pimpinannya berdasarkan PRN ke

-11 Sarawak dan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mengenal

pasti apakah yang mencetuskan transformasi pola pengundian

seperti PRN ke-11 Sarawak dan dua PRK selepas itu, mengenal pasti

strategi bagaimana untuk mengekalkan momentum transformasi

tersebut, khususnya menjelang PRU-14, dan bagi memahami arah

perubahan sentimen/gelagat pengundi mengikut komposisi umur,

bangsa dan kawasan.

Di akhir perbincangan meja bulat ini berpendapat seperti PRU 13 yang

lalu, majoriti undi Melayu akan tetap menjadi milik UMNO

manakala undi Cina berpihak kepada pembangkang,

maka pola pengundian kaum Melayu dan Cina

di Semenanjung Malaysia tidak akan berubah

dalam PRU-14. Faktor yang akan menjadi

penentu sama ada BN akan kembali

memerintah ialah undi daripada rakyat

Sarawak. Jika BN menang, ia bukan

kerana parti itu kuat tetapi lebih kepada

kelemahan parti pembangkang yang

tidak teratur. Ini termasuklah pemilihan

pemimpin pembangkang yang tidak

terlalu kuat. Ahli perbincangan meja bulat

ini bersetuju bahawa pola undi PRU-

14 tidak akan berubah. Namun begitu,

setiap parti politik harus berubah lantaran

parti politik di Malaysia dilihat mengamalkan

pendekatan politik jangka pendek yang

terlalu mengejar kemenangan dalam pilihan

raya sehingga hilang fokus terhadap agenda jangka

panjang iaitu pembangunan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!