25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

58

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Tarikh rakaman

2/12/2016

Tarikh siaran

4/12/2016

Panel

Prof. Dr. Mohd Fuad Mat Jali

Ahli Jawatankuasa Kluster

Politik, Keselamatan dan

Hal Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Prof. Madya Dato’ Dr.

Shamsu Adabi Mamat

Ahli Bersekutu Kluster

Politik, Keselamatan dan

Hal Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

UMNO dan Demokrasi

Pilihan Raya di Malaysia

Program Dialog Pemikir Negara pada kali ini memilih tajuk

perbincangan UMNO dan demokrasi pilihan raya di Malaysia

bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan bermula 29

November 2016 hingga 3 Disember 2016 di Pusat Dagangan Dunia

Putra (PWTC). Sempena penganjuran perhimpunan parti politik

terbesar di Malaysia itu perbincangan ini terarah kepada peranan

UMNO dalam memperjuang demokrasi di negara ini.

Para panel menyentuh mengenai perjuangan dan sejarah UMNO

dalam membawa keharmonian landskap politik negara. Cabaran

UMNO pada masa kini juga turut dibincangkan, antaranya melibatkan

perpecahan ahli di dalam parti, tindakan pemimpin tertinggi parti

yang keluar daripada parti, isu taat setia kepada parti, sokongan

golongan muda dan masyarakat bandar serta berhadapan dengan

dakyah politik parti pembangkang yang sememangnya mahu melihat

kejatuhan UMNO.

Perbincangan ini juga menyentuh mengenai strategi dan pendekatan

yang perlu diambil oleh UMNO dalam memastikan sokongan kepada

parti terus kukuh bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Jentera parti dan kerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional

lain perlu diperbaiki dari semasa ke semasa dan bekerja dengan lebih

kuat bagi memastikan kemenangan di masa hadapan.

Para panel turut memberi pandangan mengenai perjalanan

perhimpunan agung pada kali ini dan melihat kepada isu yang akan

menjadi perhatian serta dibangkitkan oleh perwakilan. Kematangan

pemimpin politik UMNO juga disentuh oleh panel ketika parti terbesar

di Malaysia ini terpaksa berhadapan dengan saat getir.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!