25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 47

Tarikh rakaman

3/6/2016

Tarikh siaran

5/6/2016

Panel

Prof. Dato’ Seri Dr.

Mustafa Ishak

Ketua Kluster Politik,

Keselamatan dan Hal

Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Prof. Datuk Dr.

Raduan Che Rose

Ketua Pegawai Eksekutif,

Majlis Profesor Negara

Prof. Dr. Mohd Fuad Mat Jali

Ahli Jawatankuasa Kluster

Politik, Keselamatan dan

Hal Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Pilihan Raya Kecil

Sungai Besar dan

Kuala Kangsar

Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarhamah Tan Sri Noriah

Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar,

Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang

terkorban dalam tragedi helikopter terhempas semasa kempen

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Kehilangan kedua-dua pemimpin

Barisan Nasional (BN) tersebut telah menyebabkan dua Pilihan Raya

Kecil (PRK) terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan wakil rakyat

di kedua-dua kawasan Parlimen.

Menjelang PRK di kedua-dua kawasan berkenaan, program Dialog

Pemikir Negara menampilkan golongan ilmuwan politik bagi

mengupas perjalanan pilihan raya tersebut dengan lebih mendalam

dan melibatkan pihak yang berada di pihak neutral untuk berkongsi

pengetahuan dengan rakyat.

Para panel membincangkan kekuatan yang dimiliki oleh calon BN di

Sungai Besar, Budiman Mohd. Zuhdi dan calon BN di Kuala Kangsar,

Datin Mastura Mohd. Yazid yang akan ditentang oleh calon parti

pembangkang untuk merebut kawasan Parlimen berkenaan. Strategi

pihak BN dan pakatan pembangkang telah dibincangkan dalam

diskusi selama sejam ini bagi memenuhi perkongsian kepakaran

dengan penonton.

Selain itu, turut dibincangkan dalam program ini adalah mengenai

manifesto PRK yang diberikan oleh kedua-dua pihak kepada rakyat

bagi meraih undi untuk calon masing-masing. Kemampuan kedua-dua

calon untuk melaksanakan janji yang telah diberikan turut disentuh

oleh para panel dan apakah pertimbangan yang akan dibuat oleh para

pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan juga menjadi perhatian

panel program.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!