25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 103

Ketidakseimbangan Gender

di IPTA: Perlu Diubah?

Perbincangan meja bulat ini telah diadakan pada 26 Oktober 2016 di Bilik

Persidangan Jupiter, Bangunan Institut Pengurusan Pemantauan Penyelidikan

(IPPP), Universiti Malaya (UM) untuk

melihat dan mengupas isu berkaitan

ketidakseimbangan gender pelajar di

institusi pengajian tinggi negara ini.

Perbincangan ini menjurus kepada isu

dan mencari punca berkaitan serta penyelesaian kondusif mengenai kes

ketidakseimbangan gender berkenaan. Kehadiran lebih daripada 18 ahli

akademik dalam bidang berkaitan diharapkan dapat memberi input untuk

menyelesaikan masalah ini pada masa hadapan.

26 Oktober 2016| UM

Data yang diperoleh daripada pihak universiti dan penyelidikan di peringkat

tinggi menunjukkan ketidakseimbangan gender sememangnya sedang

berlaku di mana-mana IPTA. Bertitik tolak daripada perkara ini, timbul

persoalan adakah cara pengambilan perlu diubah untuk memastikan

berlakunya keseimbangan di antara lelaki dan wanita. Sehubungan itu, sistem

meritokrasi atau kuota merupakan elemen yang perlu dilihat sama ada perlu

dikaji semula atau tidak.

Aspek minat pelajar lelaki yang tertumpu kepada bidang hands on,

rangsangan visual, grafik dan kinestetik yang tidak banyak

ditekankan di peringkat pengajian tinggi antara input yang

digariskan dalam perbincangan ini. Sehubungan itu,

adalah tidak tepat untuk mengukur kebijaksanaan

pelajar lelaki melalui kemasukan ke universiti

semata-mata. Perbincangan ini berpendapat

keseimbangan ini perlu dalam apa jua bidang di

dunia ini kerana ia sudah pasti akan memberi

implikasi kepada aspek psikologi dan sosial

terutama dalam konteks institusi keluarga. Pada

masa sama, ketidakseimbangan gender ini

dikhuatiri akan memberi kesan kepada aspek

ekonomi dan kepimpinan dalam masyarakat pada

masa hadapan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!