25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 83

TPPA dan Implikasinya

Ke Atas Pertanian dan

Keselamatan Makanan di

Malaysia

Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM), Universiti Putra

Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jawatankuasa Timbalan Naib

Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) Universiti Awam Malaysia dan

Majlis Profesor Negara telah mengadakan forum TPPA dan Implikasinya

ke Atas Pertanian dan Keselamatan Makanan di Malaysia pada 25 April

2016 di UPM. Forum ini dianjurkan

bertujuan untuk membincangkan

isu yang berkaitan dengan kesan

TPPA terhadap sektor pertanian

khususnya dalam aspek hal ehwal

keselamatan makanan negara. Forum ini mengundang Dato’ Charon

Wardini Mokhzani, Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah

(KRI) dan En. Wan Latiff Wan Musa, Pengarah Kanan Perbadanan

Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Ahli panel lain

terdiri daripada Datin Paduka Dr. Fatimah Mohd Arshad, Penyelidik

Bersekutu (IKDPM) dan En. Fariz Azman Zainul Azman, Ketua Projek

Infrastruktur, Naqiz & Partner.

Rumusan daripada forum ini ialah keempat-empat

ahli panel forum bersetuju dengan perjanjian

TPPA yang telah ditandatangani. Namun

begitu, kajian yang lebih terperinci perlu giat

dijalankan bagi memastikan Malaysia tidak

ketinggalan dalam merebut akses pasaran

antarabangsa. Setelah perjanjian TPPA ini

dilaksanakan, Malaysia perlu lebih teliti

dalam membuat keputusan pemilihan

sektor makanan yang ingin dijadikan

peneraju dalam pasaran Malaysia agar

memperoleh nilai eksport bersih yang

tinggi dan pekebun kecil didapati adalah

golongan yang paling terkesan dalam

sektor pertanian selepas perjanjian TPPA ini

dilaksanakan. Sistem pekebun kecil juga perlu

disusun semula dan disokong dari setiap sudut

seperti R&D, logistik, infrastruktur, dan lain-lain.

29 April 2016| UPM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!