25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

iii

Penaung

Majlis Profesor Negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dan Salam 1 Malaysia.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan

kepada Majlis Profesor Negara (MPN) kerana berjaya

menerbitkan buku Laporan Tahunan MPN 2016

ini yang menjadi cerminan sumbangan golongan

ilmuwan dan ahli akademik sebagai pemikir negara.

Sesungguhnya, Kerajaan sentiasa membuka ruang

kepada golongan ilmuwan untuk terlibat serta

dalam proses membangunkan negara melalui

penggemblengan ilmu dan kepakaran yang ada.

Kerajaan telah pun melancarkan program transformasi

dalam memastikan Malaysia berada di landasan

yang tepat untuk menjadi sebuah negara maju.

Sehubungan itu, peranan dan sumbangan golongan

ilmuwan diperlukan bagi membantu negara mencapai

hasrat berkenaan melalui perkongsian ilmu dan

kepakaran masing-masing. Pada masa kini, peranan

ahli akademik menjadi semakin kritikal dan strategik

bukan sekadar memberi kuliah dan melakukan

penyelidikan semata-mata kerana golongan ilmuwan

ini adalah pemangkin daya kreativiti dan pendorong

inovasi negara. Dalam konteks lebih luas, peranan

profesor adalah sebagai pemacu perkembangan

ilmu terkini yang mengadunkan kefahaman terhadap

ilmu fundamental, penguasaan terhadap kemahiran

terkini dan keupayaan meletakkan perkembangan

ilmu dalam konteks penjanaan nilai tinggi yang dapat

memberi impak besar kepada kemajuan negara.

Justeru, kerjasama strategik pelbagai pihak amat

penting bagi memberi ruang kepada pembinaan

masa depan negara yang lebih cerah.

Sesungguhnya, inisiatif MPN menganjurkan pelbagai

program berimpak tinggi untuk bersama-sama

membantu Kerajaan dalam berdepan dengan

pelbagai isu strategik negara merupakan langkah

wajar kerana ia bukan sahaja dapat mencetuskan

cadangan penambahbaikan kepada dasar sedia

ada, malah mampu merungkai pelbagai kemelut dan

masalah rakyat.

Saya berharap MPN akan terus dapat memacu

momentum kecemerlangan komuniti ilmuwan.

Sumbangan keilmuan, kearifan dan keikhlasan MPN

tidak boleh lesu sebaliknya terus digandakan dari

semasa ke semasa. lni selari dengan konsep murabbi

di mana golongan ilmuwan tidak hanya tertumpu

kepada tugas akademik semata-mata sebaliknya

lebih meluas dalam konteks peranan universiti moden

yang semakin mencabar pada masa kini.

1 Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Perdana Menteri Malaysia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!