25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

52

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Tarikh siaran

25/8/2016

Tarikh rakaman

28/8/2016

Panel

Prof. Dr. Mansor Mohd Noor

Ketua Kluster

Perpaduan Nasional,

Majlis Profesor Negara

Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong

Ketua Kluster Sejarah,

Warisan dan Sosiobudaya,

Majlis Profesor Negara

Daripada Kepelbagaian

kepada Super Kepelbagaian

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-59 negara, topik perpaduan telah

dipilih untuk menjadi topik diskusi bersesuaian dengan sambutan

Bulan Kemerdekaan yang disambut pada setiap bulan Ogos.

Elemen perpaduan dan pembentukan Malaysia ini merupakan

perkara yang tidak dapat dipisahkan memandangkan penubuhan

negara yang penuh keharmonian ini terhasil daripada perpaduan

rakyat berbilang kaum.

Para panel berpendapat kepelbagaian merupakan satu kelebihan

yang ada di negara ini dan kepentingan untuk menjaga keharmonian

masyarakat majmuk ini telah pun termaktub dalam Perlembagaan.

Sesungguhnya kepelbagaian ini perlu diraikan kerana ia merupakan

satu kekuatan kepada Malaysia. Kupasan isu adalah

penuh dinamik termasuk menyentuh aspek sejarah

mengenai bagaimana sebuah negara yang dahulunya

merupakan sebuah negara satu bangsa bertukar

menjadi sebuah negara majmuk dengan kemasukan

orang Cina dan India setelah British membawa

mereka bagi memperkukuh kekuatan ekonomi

pada masa itu.

Diskusi ini menyatakan Malaysia membenarkan

kepelbagaian budaya dan ia merupakan asas

pembentukan negara ini kerana elemen tersebut

telah termaktub dalam Perlembagaan.

Para panel menekankan betapa pentingnya

aspek perpaduan dalam mengekalkan

keharmonian negara. Antara yang disentuh

mengenai semangat perpaduan dalam

bidang sukan. Tanpa mengira latar

belakang budaya dan agama setiap

lapisan masyarakat akan bersatu

memberi sokongan kepada atlet yang

mewakili negara ketika bersaing

dalam mana-mana acara di peringkat

antarabangsa.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!