25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

48

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Tarikh rakaman

16/6/2016

Tarikh siaran

19/6/2016

Panel

Prof. Dr. Faridah Jalil

Ahli Kluster Governans,

Perundangan dan

Pengurusan Awam,

Majlis Profesor Negara

Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal

Nik Mahmood

Ketua Kluster Governans,

Perundangan dan

Pengurusan Awam,

Majlis Profesor Negara

Isu Usul Pindaan Akta 355

Dialog Pemikir Negara pada kali ini mengenengahkan isu perundangan

hangat yang menjadi topik perbualan pelbagai pihak berhubung usul

Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang

Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang

dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi

Awang pada 26 Mei 2016 dalam Mesyuarat Kedua bagi Penggal

Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 di Dewan Rakyat.

Pembentangan rang undang-undang oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang

yang juga merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu telah

menimbulkan pelbagai polemik dan persoalan daripada pelbagai pihak

antaranya adakah pembentangan rang undang-undang persendirian

tersebut bertujuan untuk mewujudkan sebuah undang-undang baharu

atau sebagai usaha untuk merealisasikan hukum hudud.

Diskusi yang menjadi tumpuan ini menyaksikan para panelis

menasihatkan penonton perlu melihat kepada perspektif positif

terhadap pembentangan tersebut iaitu untuk memperkasakan kuasa

Mahkamah Syariah dan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah

Syariah yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan. Antara yang

disentuh adalah kuasa merotan sebanyak maksimum enam kali

sebatan, denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada

tiga tahun. Melalui cadangan pindaan usul persendirian itu, ia hanya

terpakai kepada orang Islam di negara ini dan tidak memberi kesan

langsung kepada golongan bukan Islam, selagi hak beragama yang

diamalkan bersikap aman dan damai terhadap Islam. Usul berkenaan

bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam

undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai

kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal kesalahan di

bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di

bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan. Ia juga bagi

memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang

jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan

hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan

hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan

selain hukuman mati.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!