25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

44

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Tarikh rakaman

7/4/2016

Tarikh siaran

10/4/2016

Panel

Prof. Datuk Dr. Raduan

Che Rose

Ketua Pegawai Eksekutif,

Majlis Profesor Negara

Prof. Madya Dr.

Medaline Berma

Ahli Jawatankuasa Kluster

Sejarah, Warisan

dan Sosiobudaya,

Majlis Profesor Negara

Menjelang PRN Sarawak:

Transformasi Ke Arah

Negeri Maju

Topik pilihan pada program Dialog Pemikir Negara pada kali ini berkisar

kepada topik Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak. Pemilihan

ini sesuai dengan tarikh siarannya sehari sebelum pembubaran Dewan

Undangan Negeri Sarawak. Pandangan daripada ahli akademik

diperlukan bagi topik ini untuk memastikan kupasan isu dijalankan

secara neutral tanpa ada kehadiran ahli politik.

Isu kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara elemen yang disentuh

dalam topik pada kali ini memandangkan ia menarik perhatian bukan

sahaja kepada generasi muda malah kepada segenap lapisan rakyat

negeri Bumi Kenyalang itu. Faktor pengundian golongan muda antara

perkara pokok yang diberi perhatian pada PRN 2016 ini kerana mereka

akan bertindak selaku penentu kemenangan kepada parti politik untuk

memerintah negeri Sarawak.

Panel memberi ulasan, pemikiran dan cara pengundi muda melihat

sesuatu isu adalah berbeza dengan golongan tua. Pendedahan kepada

media sosial dan ilmu pengetahuan menjadikan mereka berbeza

berbanding lapisan yang lebih berusia terutamanya di kawasan luar

bandar. Golongan muda di negeri ini mahukan lebih banyak perubahan

kepada bidang sosioekonomi dijalankan bagi memastikan kualiti

kehidupan menjadi lebih baik dan sudah pasti aspek berkaitan diberi

tumpuan apabila melihat kempen calon wakil kawasan.

Isu calon muka baharu yang diberi peluang untuk bertanding turut

disentuh dalam sesi dialog pada kali ini memandangkan ia akan

memberi kesan kepada PRN-11. Penerimaan calon baharu oleh

golongan muda dan golongan tua bakal menjadi tumpuan dalam

pilihan raya kerana perspektif pandangan kedua-dua pihak adalah

berbeza.

Dalam pada itu, kedua-dua panel mahukan agar agenda pembangunan

negeri perlu diberi keutamaan berbanding aspek pilihan raya itu

sendiri kerana rakyat mahukan perubahan dijalankan oleh pihak

akan memenangi PRN-11 nanti. Akses kepada bidang Pendidikan

perlu dilihat oleh golongan politik tentang bagaimana pencapaian

anak-anak di Sarawak dapat dipertingkatkan dan tidak kurang juga

mengenai kualiti pembelajaran diberikan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!