25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 91

Tradisi Lisan Serantau

Seminar Tradisi Lisan Serantau telah dijayakan pada 20 Julai 2016,

bertempat di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

USM, Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya dengan kerjasama

USM. Seminar ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Seri Dr. Md Salleh

Yaapar, Pengerusi Lembaga

Pengelola Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) yang juga

merupakan Penasihat Seminar

Tradisi Lisan Serantau. Turut

hadir ialah Prof. Dr. Narimah Samat, Dekan Pusat Pengajian Ilmu

Kemanusiaan, USM, Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Ketua Kluster

Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya dan Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein,

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni USM.

20 Julai 2016| USM

Seminar ini telah berjaya membentangkan 38 pembentangan

berkaitan tradisi lisan serantau oleh para ahli akademik dan sejarawan

tersohor. Tradisi lisan yang terbahagi kepada tiga kategori, iaitu

cerita, bukan cerita dan perlakuan termasuk mitos, legenda, pantun

serta nyanyian yang telah diwarisi daripada masyarakat terdahulu

sudah berjaya dilestarikan mengikut peredaran zaman, iaitu melalui

perantaraan aplikasi telefon pintar dan media sosial seperti WhatsApp

dan YouTube. Perkara ini dilihat telah memberikan impak yang

positif kepada kisah warisan yang disampaikan secara

lisan pada suatu masa dahulu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!