25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

116

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

YB Tan Sri

Joseph Kurup

Menteri Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional (JPNIN)

16 Februari 2016 | Pejabat Menteri JPNIN

Kunjungan hormat Majlis Profesor Negara bersama

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup,

Menteri Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional (JPNIN) telah diadakan di Jabatan

Perpaduan Negara Integrasi Nasional, Putrajaya.

Kunjungan dimulakan dengan ucapan rasmi

oleh Menteri JPNIN diikuti dengan ucapan balas

daripada Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, Ketua

Pegawai Eksekutif MPN.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk membentangkan

kertas kerja kepada Menteri JPNIN mengenai

Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan

(COSNA4). Pembentangan dibuat oleh Prof.

Dr. Mansor Mohd Noor selaku Ketua Kluster

Perpaduan Nasional.

Objektif persidangan yang dibentangkan adalah

untuk mengumpulkan bahan atau penulisan

ilmiah yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran kursus hubungan etnik, kenegaraan,

TITAS, pengajian Malaysia dan pendidikan,

menyediakan wadah wacana ilmu tentang perkara

yang berhubung dengan masyarakat kepelbagaian

di Malaysia dan juga kajian perbandingan dengan

negara lain, dan menyediakan ruang untuk

perkongsian ilmu dalam kalangan ahli akademik,

penyelidik, para ilmuwan, pendidik, pembuat dasar

dan tokoh profesional dalam membincangkan

pembinaan negara.

YB Tan Sri

Noh Omar

Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1 Jun 2016 | Jabatan Perumahan Negara

Pada 1 Jun 2016, Majlis Pofesor Negara yang

diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose,

Ketua Pegawai Eksekutif MPN bersama Kluster

Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina telah

mengadakan sesi kunjungan hormat ke Jabatan

Perumahan Negara (JPN) dalam usaha membuat

kajian semula terhadap Dasar Perumahan Negara

sedia ada.

Langkah ini diambil hasil daripada maklum balas

yang telah diperoleh oleh pihak JPN dan juga

masyarakat awam berkaitan dengan keberkesanan

dasar tersebut.

Dalam pertemuan ini, MPN diharap dapat

membantu JPN kerana kebanyakan isu

yang dikenal pasti melalui kajian JPN adalah

bersesuaian dengan bidang kepakaran kluster.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!