25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

90

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Dasar Sumber

Manusia Negara

Perbincangan meja bulat (RTD) ini diadakan bertujuan membincang

dan mengupas secara terperinci mengenai Draf Dasar Sumber

Manusia Negara (DSMN) yang dirangka oleh Kementerian Sumber

Manusia. Ini adalah untuk menjamin kualiti hidup rakyat khususnya

kepada golongan pekerja di

samping meningkatkan kualiti

kehidupan masyarakat dan

merangsang pertumbuhan

ekonomi ke arah menjadi negara

maju serta melangkaui tahun

2020. MPN telah dipelawa oleh Kementerian Sumber Manusia untuk

membantu memberi cadangan dan penambahbaikan terhadap DSMN

yang juga merupakan pengemaskinian terhadap Dasar Buruh Negara.

20 Julai 2016| MPN

Dasar Buruh Negara didapati telah lama ketinggalan dan rangka

kerja undang-undangnya juga dilihat sudah tidak berupaya untuk

melindungi pekerja memandangkan persekitaran pekerjaan semakin

berubah. Menyedari hakikat tersebut, MPN menghimpunkan seramai

16 profesor yang mempunyai kepakaran dalam bidang sumber

manusia dan perundangan untuk membincangkan draf tersebut.

Memandangkan penyediaan draf ini melibatkan

sebuah dasar yang besar untuk pengurusan

sumber manusia di Malaysia, MPN mahu terlibat

sama untuk membantu negara menghasilkan

sebuah dasar sumber manusia yang

komprehensif serta inklusif. Sehubungan

itu, sebuah pertemuan dengan pegawai

atasan Kementerian Sumber Manusia

akan diadakan untuk membincangkan

dan menawarkan kepakaran para

profesor dalam penggubalan dasar

sumber manusia tersebut. Pasukan

tersebut terdiri daripada Prof. Dr.

Durrishah Idrus, Prof. Dr. Kamal Halili

Hassan, Prof. Ashgar Ali Mohamed Ali,

Prof. Dr. Hishamuddin Mansor, Prof. Dr.

Naresh Kumar, Prof. Dr. Roselina Ahmad

Saufi dan Prof. Dr. Balakrishnan Parasuraman.

Sebuah perbincangan meja bulat khusus untuk

membincangkan dasar ini akan diadakan untuk mengupas

dan memperincikan keperluan DSMN di Malaysia.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!