25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 57

Tarikh rakaman

18/11/2016

Tarikh siaran

20/11/2016

Panel

Prof. Dr. Shakila

Parween Yacob

Ahli Kluster Politik, Keselamatan

dan Hal Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Prof. Madya Sr. Azmi Hassan

Ahli Bersekutu Politik,

Keselamatan dan Hal

Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Kesan Pemilihan Donald

Trump sebagai Presiden

Amerika Syarikat

Keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) menyaksikan

hartawan hartanah, Donald Trump dipilih oleh rakyat negara kuasa

besar itu menjadi Presiden AS yang ke-45. Keputusan itu telah

memberi kejutan kepada banyak pihak memandangkan Hillary Clinton

merupakan calon yang dijangka akan memegang jawatan Presiden.

Penganalisis politik di seluruh dunia agak terkejut dengan keputusan

itu kerana Trump yang dilihat selalu mengeluarkan kenyataan tidak

berasas semasa kempennya terutamanya berhubung pandangannya

terhadap imigran dan umat Islam serta hubungannya dengan China.

Terpanggil dengan isu tersebut, program Dialog Pemikir

Negara mahu mengupas dan membincangkan kesan

pemilihan Trump itu. Kesan pemilihan itu bukan hanya

dirasai Malaysia malah seluruh dunia keseluruhannya.

Sekiranya berlaku perubahan kepada landskap

hubungan politik dan ekonomi di antara Amerika

Syarikat dengan China sudah pasti ia bakal

memberi kesan kepada negara Asia dan rantau

Asia Tenggara.

Dasar luar Trump antara perkara yang dilihat

oleh panel memandangkan Presiden baharu

itu mengamalkan dasar yang berbeza dengan

Barack Obama. Dalam hal ini, para panel

menegaskan sekiranya Amerika Syarikat

keluar daripada konflik Laut China Selatan

sudah pasti ia tidak akan dapat mengimbangi

pengaruh kuasa negara Tembok Besar

itu di rantau Asia dan merupakan sebuah

tindakan yang merugikan.

Selain itu, dasar Trump mengenai imigran

dan umat Islam perlu dilihat semula kerana

pendekatannya tidak menguntungkan

negara itu disebabkan kebanyakan bidang

profesional di sana majoritinya diisi oleh

golongan imigran. Perlu diingatkan juga

sejarah penubuhan Amerika Syarikat itu

sendiri bermula daripada kedatangan

golongan imigran.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!