25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 111

Jaminan Keselamatan

di Sabah

Isu keselamatan Sabah adalah isu yang tidak asing lagi dan semakin

diperkatakan dalam dan luar negara. Justeru, Majlis Profesor Negara

telah mengadakan satu sesi perbincangan meja bulat yang dihadiri

oleh pegawai tertinggi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur

Sabah (ESSCOM), Jabatan Kastam Malaysia, Agensi Penguatkuasaan

Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia serta Ketua Pegawai

Eksekutif MPN bersama beberapa ketua kluster dan profesor daripada

UMS sendiri.

Solusi daripada perbincangan

tersebut mendapati penggunaan

sistem penjejak antara inisiatif

yang boleh digunakan untuk

menjamin keselamatan kapal di kawasan perairan Sabah. Sistem

sama telah digunakan oleh negara luar untuk membolehkan pihak

keselamatan mengetahui kedudukan kapal. Apabila berlaku sesuatu

kepada nelayan maka pihak keselamatan akan dapat mengetahui apa

yang berlaku. Namun begitu, sistem penjejak kapal tersebut pada

masa yang sama boleh menjadi ancaman kerana boleh digunakan

oleh penjenayah untuk mengenal pasti kedudukan nelayan.

21 Disember 2016| UMS

Menjaga dan memantau keselamatan sepanjang

perairan Sabah bukan sesuatu perkara mudah.

Soal keselamatan tidak harus diserahkan bulatbulat

kepada agensi penguatkuasaan. Dalam

hal ini masyarakat harus memberikan

kerjasama untuk mengelakkan negara

berbelanja besar dalam isu keselamatan.

Isu keselamatan Sabah ini perlu

dijauhkan daripada menjadi modal politik

masyarakat kerana berkait rapat dengan

soal penguatkuasaan keselamatan dan

tiada kena mengena dengan unsur politik.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!