25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

64

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Perbincangan

mendapati bahawa

umat Islam yang

dianggarkan sekitar 1.8

bilion di seluruh dunia

kelihatan gagal untuk

menonjolkan diri dalam

persaingan bidang

sains dan teknologi

sehingga menimbulkan

persepsi bahawa mereka

hanya merupakan

masyarakat pengguna

Umat Islam Menolak Sains?

27 April 2016 | USIM

Program Advokasi Ilmuwan bertajuk “Umat Islam Menolak Sains?”

telah membariskan tiga orang panel, iaitu Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad,

Naib Canselor USIM; Prof. Dr. Mohd. Sahar Yahya, Ketua Kluster

Sains dan Matematik Majlis Profesor Negara dan Prof. Dato’ Dr. Mohd.

Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM).

Perbincangan mendapati bahawa umat Islam yang dianggarkan sekitar

1.8 bilion di seluruh dunia kelihatan gagal untuk menonjolkan diri

dalam persaingan bidang sains dan teknologi sehingga menimbulkan

persepsi bahawa mereka hanya merupakan masyarakat pengguna.

Para panel berpendapat kurangnya penglibatan orang Islam dalam

bidang sains menyebabkan umat Islam akan terus berada dalam

kerugian kerana gagal untuk mempelajari dan memahami ilmu

baharu. Umat Islam akan terus menjadi golongan pengguna yang

berharap kepada hasil ciptaan orang lain semata-mata dan tidak

akan berupaya membuat rekaan dan pembaharuan sendiri. Keadaan

ini seterusnya menyebabkan umat Islam diperkotak-katikkan oleh

bangsa yang lebih maju. Perlu diingatkan, ilmu sains sentiasa

bergerak dan berubah, sekiranya dalam kalangan 1.8 bilion umat

Islam di seluruh dunia cuma ada kurang 10 peratus menguasai sains,

bermakna orang Islam gagal untuk memahami apa yang terkandung

di dalam al-Quran sebenarnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!