25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 97

Polemik Ranking

Universiti di Malaysia

Perbincangan meja bulat (RTD) ini diadakan di Hotel Vistana, Pulau

Pinang sebagai sebuah persediaan untuk mencari input dalam

mengupas isu “Ranking Universiti di Malaysia: Adakah Relevan?”.

Lebih daripada 30 ahli akademik telah hadir dalam sesi perbincangan

ini untuk membolehkan pelbagai idea bernas dapat digarap. Aspek

negatif dan positif berhubung pelaksanaan ranking ini telah dibahaskan

untuk tujuan tersebut memandangkan isu tersebut kini tidak asing

dalam dunia pendidikan tinggi.

Antara aspek negatif berkenaan

adalah mengenai pandangan

bahawa terdapat institusi

pengajian tinggi yang tidak begitu

menyenangi kehadiran sistem penarafan tersebut atas beberapa

alasan, antaranya kerana didapati tidak relevan terutamanya apabila

keputusan kedudukan dalam ranking tidak memihak kepada mereka.

Selain itu, ada juga yang beranggapan sistem penarafan penganjur

ranking tidak selari dengan falsafah penubuhan universiti. Falsafah

dan pengukuran yang digunakan oleh pihak penganjur turut berbezabeza

mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Biarpun begitu, peserta RTD ini menyifatkan polemik

perbandingan mengenai baik atau buruk sistem

ranking ini, kepada setiap institusi pengajian

tinggi di seluruh dunia tidak boleh dinafikan.

Mahu tidak mahu, universiti tempatan perlu

membiasakan diri dengan kewujudan

sistem ranking ini dan memaksimumkan

kemampuan serta kelebihan yang ada

untuk mengejar kedudukan terbaik

dalam sistem penarafan tersebut.

Melalui perbincangan ini juga, semua

peserta menyifatkan semua pihak

bersedia untuk menerima hakikat

bahawa institusi pengajian tinggi di

negara ini perlu menyesuaikan diri untuk

bersaing dalam sistem penarafan tersebut.

Metodologi pengukuran ranking universiti

ini perlu dilihat untuk membolehkan universiti

mengimbangi kriteria yang ditetapkan oleh pihak

penganjur ranking dengan keperluan memenuhi falsafah

penubuhan universiti.

26 September 2016|

Pulau Pinang

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!