25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 73

Kajian Elektoral

Malaysia 2015

Sesi penggulungan Kajian Elektoral Malaysia 2015 telah diadakan

pada 14 Januari 2016 bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya anjuran

Kluster Projek Khas Nasional (Media, Demokrasi dan Sistem Elektoral).

Antara yang hadir ialah Pengerusi MPN, Prof. Tan Sri Zakri Abdul

Hamid dan Timbalan Setiausaha Agung MPN, Prof. Dr. Kamaruddin

M.Said. Seramai 50 ahli akademik daripada universiti tempatan juga

turut hadir ke sesi pembentangan

tersebut. Sesi penggulungan

Kajian Elektoral 2015 merupakan

sesi pembentangan akhir kajian

setelah beberapa siri perjumpaan

diadakan sebelum ini.

14 Januari 2016| Hotel

Bangi-Putrajaya

Setiap kumpulan penyelidik telah menyertakan cadangan dan

tindakan yang dapat diambil oleh kerajaan berdasarkan pungutan

pendapat orang ramai terhadap pemimpin negara dan isu utama

yang dikenal pasti. Cadangan yang diberikan adalah berkaitan

media, isu dan pemilihan parti dengan mengambil kira

impak pada peringkat nasional, wilayah, negeri dan

kaum. Hasil dan rumusan yang diperoleh diharap

dapat memperlihatkan faktor yang menjadi

penentu kecenderungan dan pemilihan para

pengundi Malaysia. Pada sesi ini juga

sebanyak 13 laporan penuh kajian telah

diserahkan kepada Pengerusi MPN. Idea

dan kesimpulan yang terhasil melalui

Kajian Elektoral Malaysia 2015 diharap

dapat membantu agenda transformasi

kerajaan dalam menghasilkan resolusi

yang sesuai dan diaplikasikan demi

kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!