25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 75

Profesor Kontrak di

Universiti Awam Malaysia

Majlis Profesor Negara (MPN) telah menganjurkan satu perbincangan

meja bulat bertajuk “Profesor Kontrak di Universiti Awam Malaysia”

pada 22 Februari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Qayyim,

MPN. Perbincangan meja bulat ini berfokuskan kepada status profesor

kontrak di Malaysia yang masih samar statusnya selepas melepasi

usia persaraan wajib akibat pengurangan bajet kepada universiti oleh

kerajaan pusat.

Perbincangan ini bermatlamat

mencari solusi awal dan

inisiatif yang boleh dilakukan

oleh MPN dalam usaha untuk

menyelesaikan isu profesor

kontrak ini. Perbincangan ini

telah dihadiri seramai 29 peserta

termasuk exco dan sekretariat

MPN. Sesi perbincangan meja bulat ini merumuskan bahawa dilema

yang dihadapi oleh profesor kontrak ini perlu diatasi dengan kadar

segera dan perlu dirangka awal solusi cadangan untuk diserahkan

kepada pihak berkaitan terutamanya Kementerian Pendidikan Tinggi

bagi mengkaji semula had umur persaraan profesor di negara

ini. Kerajaan perlu menimbangkan hal ini dengan lebih

serius dan perlu ada sebuah mekanisme bagi

menilai keperluan profesor kontrak di universiti

awam kerana tidak dapat dinafikan ada juga

profesor yang tidak aktif dalam memberi

sumbangan. Kerjaya sebagai profesor ini

perlu mendapat pengiktirafan selayaknya

seperti yang diterima anggota tentera

telah bersara, perlu ada status khas

selepas bersara. Kertas cadangan telah

dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Naib

Canselor (JKNC) untuk tindakan segera

supaya dapat diwujudkan sebuah bajet

khas untuk menampung profesor kontrak.

22 Februari 2016|

Bilik Mesyuarat Ibnu

Qayyim, MPN

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!