25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

104

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Bajet dan Pembiayaan

Pengajian Tinggi 2017

Perbincangan meja bulat “Pascabajet 2017: Bajet Pengajian Tinggi

2017” telah diadakan pada 2 November 2016 di Balai Ilmuwan,

MPN. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Prof. Tan Sri Zakri Abdul

Hamid, Pengerusi MPN dan turut disertai oleh Ketua, Timbalan dan

Setiausaha Kluster, Pengerusi Majlis Chapter Universiti dan Naib

Canselor Universiti.

2 November 2016|

Balai Ilmuwan, MPN

Pembentangan Bajet 2017 oleh

YAB Perdana Menteri telah

menyentuh aspek Perbelanjaan

Mengurus (OE) untuk Universiti

Awam (UA) yang telah dikurangkan dengan kadar purata 19.23%.

Secara menyeluruh, pengurangan sebenar peruntukan keseluruhan

untuk UA bagi tahun 2017 adalah sebanyak 5.12% berbanding tahun

sebelumnya. Secara keseluruhannya, Bajet 2017 bagi Kementerian

Pendidikan Tinggi (KPT) telah berkurangan sebanyak 9.3% daripada

tahun sebelumnya. Pengurangan bajet memberi dampak kepada

pengurusan kewangan universiti.

Hasil perbincangan tersebut telah mencadangkan beberapa

langkah jangka pendek dan jangka panjang, iaitu

dengan membuat perbezaan bagi kadar bayaran

yuran, menangani masalah birokrasi,

perkongsian sumber, memperkukuh jaringan

UA dan industri, memperkasa struktur

pengoperasian dan organisasi UA,

memberi pemerhatian lebih terhadap

kedudukan kewangan UA, penilaian

kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI),

mengehadkan pengembangan program

di UA, menubuhkan Badan Kawalan

Pelaburan, melibatkan UA dalam

Penggubalan Bajet Tahunan KPT serta

penjanaan semula Pendapatan Tabung

UA. Semua idea yang telah dilunaskan

akan dikumpulkan untuk dibentangkan

kepada Menteri Pendidikan Tinggi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!