25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 139

Khidmat Masyarakat: Kami Prihatin

7 Mei 2016 | SMK Taman Dato’ Harun dan SMK Taman Medan, PJ

Program Khidmat Masyarakat “Kami Prihatin” ini

adalah suatu program berbentuk turun padang dan

bersama masyarakat yang dianjurkan oleh Kluster

Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis

Profesor Negara. Program ini telah berlangsung

pada 7 Mei 2016 bertempat di pekarangan SMK

Taman Dato’ Harun (2) dan SMK Taman Medan,

Petaling Jaya.

Program yang dihadiri oleh 500 hadirin pelbagai

generasi daripada kalangan penduduk Taman

Medan dan Taman Dato’ Harun ini serta pelajar

sekolah telah dijalankan dengan usaha sama

Universiti Malaya (UM) melalui Project Malaysian

Elders Longitudinal Research (MELoR) dan Project

Building Peace Through Intercultural Education

and Interfaith/Dialogue Ethnics Relation (dirujuk

sebagai Peace Education), Institut Pengajian Guru

Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Universiti

Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban 3 dan

Bersama Terbitkan Antologi (BeTA).

Impak daripada program ini telah mendekatkan para

ilmuwan dan universiti dengan masyarakat sekali

gus memperkenalkan MPN kepada masyarakat

bandar.

Program yang turut mendapat tajaan daripada

Kumpulan Media Karangkraf, Kumpulan

Media Galeri Ilmu dan Nestle (M) Sdn. Bhd. ini

telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti,

antaranya senamrobik, cabutan bertuah, aktiviti

sastera bersama rakyat, deklamasi sajak,

syair dan monodrama yang menyentuh perihal

kemasyarakatan.

Program lain yang berjalan serentak adalah Peace

Education Treasurehunt, sukaneka, pameran oleh

PDRM, GiatMARA, AADK dan Kolej Komuniti

dan Saringan Kesihatan. Tiga program pertama

ditujukan untuk peserta daripada pelbagai generasi

sebagai pengisian bersifat riadah dan program

meningkatkan kesedaran.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!