25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

56

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Tarikh rakaman

22/10/2016

Tarikh siaran

23/10/2016

Panel

Prof. Datuk Dr.

Raduan Che Rose

Ketua Pegawai Eksekutif,

Majlis Profesor Negara

Prof. Datuk Dr. Norma Mansor

Ahli Kluster Ekonomi

dan Pengurusan,

Majlis Profesor Negara

Prof. Dr. Jamal Othman

Timbalan Ketua Kluster

Ekonomi dan Pengurusan,

Majlis Profesor Negara

Impak Bajet 2017

Program Dialog Pemikir Negara pada hujung bulan Oktober ini

mengupas mengenai isu Bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh

Perdana Menteri di Parlimen. Para panel dalam progam ini telah

memberi kupasan mengenai penekanan perbelanjaan inklusif

secara berhemat, belanjawan itu menetapkan matlamat untuk

menyejahterakan kehidupan seluruh rakyat dalam mendepani

cabaran ketidaktentuan ekonomi semasa di peringkat global. Bajet

itu mencadangkan sejumlah peruntukan RM260.8 bilion dibelanjakan

iaitu sebanyak RM214.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan

RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Melalui pengumuman Bajet 2017 yang telah dibuat, banyak peruntukan

bakal disalurkan kepada rakyat melalui bentuk bantuan kewangan

serta perbelanjaan pembinaan infrastruktur yang bakal memberi

keselesaan kepada mereka bukan sahaja setakat 2017 malah pada

tahun yang akan datang.

Memandangkan jumlah peruntukan yang disediakan kali ini meningkat

berbanding tahun lalu, adalah penting untuk pihak kerajaan memastikan

segala yang hendak disalurkan sampai kepada sasaran yang telah

ditetapkan. Para panel menegaskan pihak kerajaan harus memastikan

tiada isu ketirisan atau penyelewengan berlaku dalam menyalurkan

segala bentuk bantuan yang ingin disampaikan serta pelaksanaan

segala bentuk projek yang bakal dibuat melalui peruntukan yang telah

dirangka di dalam bajet berkenaan.

Selain itu, menurut panel Bajet 2017 berupaya mencari keseimbangan

antara pertumbuhan ekonomi, kestabilan fiskal dan seterusnya

menambah baik kehidupan golongan isi rumah berpendapatan

rendah (B40). Aspek kupasan bajet ini meliputi bidang sosial, sektor

pendidikan tinggi dan sektor ekonomi secara keseluruhannya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!