25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

4

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Perkembangan Fungsi MPN

Sepanjang hampir 4 tahun beroperasi di bawah

naungan KPT, MPN telah menangani isu yang

timbul serta membantu menawarkan kepakaran

kepada pelbagai pihak termasuk kementerian,

agensi Pelaksana, kerajaan negeri, industri serta

pelbagai pihak lain. Namun demikian kerana sifat

dan kedudukannya yang bernaung di bawah

KPT, tanggapan umum masih berpandangan

bahawa MPN adalah sebuah badan eksklusif

yang menangani isu pendidikan sahaja. Setelah

perkara ini diperhalusi, pihak kerajaan khasnya

melalui perbincangan dengan YAB Perdana Menteri

akhirnya bersetuju agar MPN dijadikan sebagai

organisasi pusat dan diletakkan di bawah naungan

Jabatan Perdana Menteri mulai 21 Mac 2014.

Sesuai dengan sifatnya pula, ia memberi ruang

bagi MPN untuk muncul beroperasi sebagai sebuah

entiti bebas, berautonomi serta membolehkannya

bergerak secara merentasi sempadan pelbagai

kementerian dalam negara. Bagi tujuan itu juga

maka MPN telah didaftarkan sebagai sebuah

Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company

Limited by Guarantee) di bawah Akta Syarikat 1965

dengan mempunyai perlembagaannya sendiri serta

struktur dan governan yang diketuai oleh Lembaga

Pemegang Amanah, EXCO. Secara keseluruhannya

operasi MPN digerakkan oleh sebuah sekretariat

tetap yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif/

Presiden mulai 16 Disember 2014.

Mengikut perlembagaan asalnya, semua Profesor

daripada Universiti Awam yang dilantik mengikut

sistem dan Skim Perkhidmatan Akademik Universiti

adalah secara automatiknya menjadi ahli MPN.

Namun, selaras dengan hasrat untuk memastikan

penglibatan yang lebih meluas, keahlian MPN telah

diperpanjangkan kepada para Profesor daripada

institusi pendidikan tinggi swasta, sementara

Profesor Madya pula diterima sebagai ahli bersekutu.

Berdasarkan kepada aturan itu, jumlah keahlian MPN

sehingga akhir 2016 adalah seramai hampir 2,500

Profesor serta hampir 4,000 Profesor Madya.

Sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan,

MPN Inc. mempunyai Lembaga Pemegang Amanah

yang dilantik daripada kalangan ahli akademik serta

pihak kerajaan sebagaimana seperti berikut:

• Penaung: YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd

Najib Tun Abdul Razak

• Pengerusi: Prof. Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid

Ahli:

• Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa

• Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr.

Mohd Irwan Serigar Abdullah

• Tan Sri Othman Mahmood,

Wakil Ketua Setiausaha Negara

• Datuk Seri Dr. Haji Mohd Shafei Abdullah, Wakil

Pejabat Perdana Menteri

• Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin

• Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose

• Prof. Dr. Kamaruddin M. Said

Sebagai sebuah Syarikat Menurut Jaminan, MPN

juga turut melantik Setiausaha Syarikat yang

mengendalikan urusan pendaftaran serta hal

ehwal lain yang berkaitan. Bagi tujuan itu, Syarikat

Guaman Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor telah

dilantik sebagai Setiausaha Syarikat MPN sejak

tarikh penubuhannya.

Selain pihak Sekretariat Pusat MPN yang

berperanan untuk mengatur urusan tadbir urus

dan pengoperasian secara menyeluruh, struktur

MPN juga telah diaturkan berdasarkan kepada 14

Kluster dan 2 Projek Khas. Pembentukan kluster itu

secara dasarnya adalah menggambarkan kumpulan

kepakaran akademik yang ada, di mana setiap

ahli MPN perlu memilih untuk menjadi ahli kepada

kluster yang ditubuhkan itu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!