25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

118

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

YB Dato’ Sri Dr.

Haji Wan Junaidi

Tunku Jaafar

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

9 Jun 2016 | Pejabat Menteri

Majlis Profesor Negara telah mengadakan sesi

kunjungan hormat bersama YB Dato’ Sri Dr.

Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar, Menteri Sumber

Asli dan Alam Sekitar pada 9 Jun 2016 di

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sesi kunjungan ini diwakili oleh Prof. Datuk

Dr. Raduan Che Rose, Ketua Pegawai

Eksekutif MPN dan Prof. Dr. Kamaruddin M.

Said, Timbalan Setiausaha MPN dan Prof.

Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Ketua

Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk membincangkan

pengurusan sumber air secara holistik di Malaysia.

Melalui kunjungan ini juga, pembentangan kertas

dasar telah dibuat oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr.

Ibrahim Komoo selaku Ketua Kluster Sumber Asli

dan Alam Sekitar.

Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai

potensi sumber air tanah pada sekitaran takungan

tertutup (deep aquifer). Kajian akan ditumpukan

pada negeri yang berpotensi besar, iaitu Johor,

Kedah/Perlis, Sabah dan Sarawak, menjalinkan

Kajian Pilot sumber ATAD di dua lokasi, di Johor

atau Sabah atau Sarawak, untuk menilai potensi,

kualiti dan model pembangunan sebagai Air

Tanah Industri, dan menyediakan kerangka kertas

Dasar Pembangunan Air Tanah Negara sebagai

sebahagian daripada dasar keselamatan air negara.

Dasar ini meliputi aspek perancangan, strategi,

penerokaan dan pelan tindakan pembangunan.

Dewan Bahasa dan

Pustaka

13 Jun 2016 | MPN

Sesi perbincangan antara pihak Majlis Profesor

Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

telah diadakan pada 13 Jun 2016 yang bertempat

di MPN. Sesi perbincangan ini atau dikenali

sebagai “ziarah bahasa” telah diusulkan oleh

pihak DBP sendiri untuk mengenali lebih lanjut

peranan dan tanggungjawab MPN sebagai

pemikir negara. Selain itu, antara objektif

pertemuan ini juga adalah untuk melihat ruang

kolaborasi dan permohonan untuk DBP menjadi

ahli bersekutu dalam struktur MPN.

Bagi memastikan kelangsungan dan kedudukan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

diletakkan pada perspektif yang betul

berlandaskan Perlembagaan Persekutuan,

amat penting adanya saluran yang berwibawa

untuk menyuarakan pandangan kepada pihak

yang berwenang. Oleh itu, DBP memohon

dipertimbangkan untuk menganggotai MPN

supaya pandangan, cadangan dan ulasan yang

berkaitan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan

boleh dibawa oleh satu badan yang dihormati dan

berkecuali ke peringkat yang lebih tinggi.

MPN menerima permohonan keanggotaan sebagai

ahli bersekutu namun atas sifat semula jadi MPN,

keanggotaan yang diterima adalah secara individu

dan bukan keahlian secara satu badan atau agensi.

MPN memohon agar pihak DBP mengusulkan

nama pegawai atasan untuk menjadi sebahagian

daripada ahli bersekutu MPN.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!