25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

vii

SETIAUSAHA AGUNG, PRESIDEN &

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Majlis Profesor Negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam hormat dariPADA Majlis Profesor Negara.

Sebagai sebuah badan pemikir yang

menggemblengkan kepakaran akademik, Majlis

Profesor Negara (MPN) sentiasa komited untuk

membantu negara dan Kerajaan bagi merealisasikan

aspirasi pembangunan Malaysia yang lestari dan

inklusif dalam berdepan cabaran dunia global yang

kian kompetitif seiring dengan peredaran masa.

Sepanjang 2016, MPN telah merencanakan

pelbagai program dan aktiviti berimpak tinggi yang

memberi fokus untuk membantu negara mencapai

pembangunan mampan dalam setiap aspek.

Setiap program diadakan tertumpu kepada isu

strategik dan kritikal yang memerlukan penumpuan

secara holistik merentasi pelbagai bidang dengan

pendekatan memberikan nilai tambah kepada apa

yang dilakukan oleh kementerian-kementerian dan

agensi kerajaan dan swasta.

Antara isu yang menjadi tumpuan MPN untuk

dibawa ke pentas perbincangan ialah kesepaduan

sosial, perumahan rakyat, kebanjiran pekerja

warga asing, pendidikan STEM dan TVET, wakaf

pendidikan tinggi, isu kesihatan dan perubatan,

penyakit sosial masyarakat, sistem pilihan

raya dan demokrasi, transformasi pendidikan,

jurang teknologi maklumat, media sosial dan

isu keselamatan makanan, dan lain-lain. Setiap

isu berkenaan sudah pastinya memerlukan

penglibatan serius daripada golongan ilmuwan

khususnya untuk mendapatkan pandangan

kepakaran mereka berdasarkan penelitian serta

hasil kajian masing-masing dalam isu berkenaan.

Berperanan sebagai badan pemikir, MPN sentiasa

bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana

agensi dan jabatan kerajaan bagi membolehkan

sinergi signifikan dapat dijayakan kerana MPN

berupaya merentasi sempadan kementerian dalam

memperjuangkan isu strategik negara. Oleh itu,

hubungan simbiotik antara golongan ilmuwan

dan pihak Kerajaan tidak boleh terputus bagi

membolehkan pelbagai sumbangan dapat diberikan

dalam membantu Kerajaan menggubal dasar,

mengenal pasti risiko dan kaedah penyelesaian. MPN

percaya melalui pendekatan kolaboratif, kita dapat

membina masa depan negara yang lebih kukuh.

Saya berharap penghasilan Laporan Tahunan 2016

ini dapat menjelaskan peranan dan sumbangan

golongan ilmuwan terhadap negara kepada semua

pihak.

PROFESOR DATUK DR. RADUAN CHE ROSE

Penaung Sidang Redaksi Laporan Tahunan MPN 2016

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!